Connect with us

Berita Lain

‘Penjualan Plus Malaysia Mungkin Beri Rakyat Masalah’ – Perkasa

Lebuh raya Plus – Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meminta kerajaan menolak cadangan Maju Holdings Sdn Bhd untuk membeli Plus Malaysia Bhd, yang 51 peratus sahamnya dikuasai oleh UEM Group Berhad dan 49 peratus lagi dimiliki Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Di dalam kenyataan hari ini, Naib Presiden Perkasa Datuk Ruhanie Ahmad berkata kerajaan harus menolaknya demi kepentingan rakyat dan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Katanya, Menteri Kewangan Kedua Datuk  Seri Johari Abdul Ghani telah berkata bahawa aset strategik ini dikhuatiri mungkin akhirnya jatuh ke tangan entiti asing, sekiranya Maju Holdings gagal membayar pinjaman yang digunakan untuk pembelian tersebut.

“Penjualan aset ini mungkin menimbulkan masalah kepada rakyat selaku pengguna seluruh rangkaian lebuh raya tersebut dan (mungkin) merugikan para pencarum KWSP,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Maju Holdings Sdn Bhd membuat tawaran lebih daripada RM36 bilion untuk mengambil alih Plus Malaysia Bhd. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel