Connect with us

Berita Lain

Penyamun Maut Ketika Bergelut Dengan Tuan Rumah

LOKASI kejadian pecah masuk rumah di FELDA Simpang Waha,
Kota Tinggi, awal pagi tadi. – Foto tular media sosial


KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah,
maut dipercayai ketika bergelut dengan mangsa, dalam kejadian di FELDA Simpang
Waha, dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah,
berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, lelaki berusia 30-an
dipercayai memecah masuk sebuah sebelum disedari oleh penghuni rumah terbabit.
“Penghuni rumah terbabit bertindak melindungi diri dan
keluarganya apabila menyedari lelaki itu memecah masuk rumah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam pergelutan itu lelaki yang memecah masuk rumah
meninggal dunia. Hasil pemeriksaan, polis tidak menemui sebarang kesan
kecederaan luar pada mayat lelaki terbabit.
“Setakat ini, siasatan menjurus kepada kematian
mengejut dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya
seperti dilapor Berita Harian.
Ashmon berkata, siasatan lanjut juga mendapati lelaki yang
memecah masuk itu mempunyai lebih lima rekod jenayah lampau.

Beliau turut meminta orang awam tidak memanipulasikan kes
itu dengan ulasan dan pandangan tanpa berdasarkan fakta siasatan, sebaliknya
memberi masa kepada pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel