Connect with us

Berita Lain

Perlis Juga Ada Dobi Untuk Orang Islam

Perlis juga mempunyai sebuah kedai dobi layan diri hanya umat Islam – Foto: Malaysian Digest

PETALING JAYA: Selepas isu dobi “mesra Muslim” di Muar, kini
Perlis juga didapati mempunyai sebuah kedai dobi layan diri yang hanya membuka
pintunya kepada umat Islam.
Difahamkan, kedai dobi itu baru dibuka di pusat komersial
K-Parc di Kampung Bakau, Kangar. Hanya 3 premis baru beroperasi di kawasan
terbabit.
Sin Chew Daily melaporkan papan tanda kedai itu tertera
“Islamic Laundry Concept” dengan kedua-dua dinding di dalam premis itu
diletakkan notis “Pusat dobi layan diri ini khusus untuk orang Muslim sahaja”.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan, ada orang Cina yang bertanya kepada kakitangan
kedai itu bagi mendapatkan kepastian mengenai dasar pengasingan pelanggannya.
Walaupun tidak menghalang orang bukan Islam memasuki premis
terbabit, kakitangan yang mesra itu memaklumkan orang bukan Islam tidak
dibenarkan mencuci pakaian dalam kedai berkenaan lapor Free Malaysia Today.
Kebanyakan pelanggan dobi yang beroperasi dari jam 8 pagi
hingga 12 tengah malam itu, terdiri daripada orang bekerja.
Pengusaha turut menawarkan perkhidmatan menyimpan pakaian,
selain menyediakan wifi percuma dan bilik sembahyang serta permainan untuk
kanak-kanak.



Baru-baru ini, pelbagai pihak mempersoalkan tindakan sebuah
kedai dobi layan diri di Muar meletakkan papan tanda “mesra Muslim” yang
memaklumkan kedai itu hanya menerima pelanggan Islam atas “faktor kesucian”.

Susulan itu, Sultan Johor yang dipetik akhbar The Star pada
Rabu lalu memerintahkan pemilik terabbit memohon maaf atau berdepan penutupan.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyifatkan amalan itu karut,
memalukan dan bersifat ekstremis kerana Johor ialah negeri progresif, moden dan
sederhana, bukannya negeri Taliban.
Pemilik Elit Laundry yang enggan dinamakan itu kemudiannya
memohon maaf dan menurunkan papan tanda itu.
Sementara itu, Adun Titi Tinggi daripada MCA, Khaw Hock Kong
dipetik Sin Chew Daily berkata, selepas isu dobi “Mesra Muslim” di Muar
baru-baru ini, beliau dimaklumkan orang ramai yang negeri itu juga mempunyai
kedai dobi sedemikian.
Katanya, perkara itu disahkan betul selepas beliau sendiri
mengunjungi kedai dobi terbabit.

Beliau bagaimanapun bimbang jika konsep perniagaan
sedemikian terus berleluasa, golongan bukan Islam di negara ini akan berfikiran
negatif terhadap Islam yang ternyata bertentangan matlamat membentuk masyarakat
bersatu padu, harmoni, sederhana serta bertoleransi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel