Connect with us

Berita Lain

Perselisihan Faham Berebut Gelanggang Futsal, Kata Timb Pengetua Pusat Tahfiz


KUALA LUMPUR, 17 Sept — Berlaku perselisihan faham antara
pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan anak-anak muda di kawasan
taman rekreasi kerana berebutkan gelanggang futsal, kata timbalan pengetua.
Mohamad Azhari MahmAod, 40, berkata sejawak awal tahun anak
muridnya kerap mengadu tidak puas bermain bola sepak kerana hanya ada satu
gelanggang awam di Kampung Datuk Keramat, di sini, namun beliau menasihati
pelajar supaya mengalah dan beriadah di padang sahaja.
“Daripada kejadian berebut gelanggang futsal saya dah tahu
budak-budak di kawasan ini selisih faham dengan pelajar,” katanya seperti
dilapor oleh Harian Metro.
Azhari juga mendakwa pernah beberapa kali ada kumpulan
individu luar yang membaling mercun ke dalam premis pusat tahfiz pada Ramadan lalu.
“Dulu tiada perkara sebegini berlaku, tetapi zaman sekarang
ramai generasi muda melakukan perkara yang tidak masuk akal,” katanya.
Mengulas hasil siasatan polis semalam yang menahan tujuh
remaja, beliau bersyukur ia dapat menjelaskan kebakaran bukan berpunca daripada
kecuaian pihak pengurusan.
“Saya bersyukur. Allah zahirkan perkara yang hak. Banyak
pihak yang membuat andaian bahawa kejadian berpunca daripada kecuaian
pentadbiran pusat tahfiz,” katanya.
Tragedi pada subuh Khamis lalu mengorbankan 21 pelajar dan
dua guru.
Suspek berusia antara 11 hingga 18 tahun yang merancang
kebakaran ditahan bagi membantu siasatan, enam daripadanya positif ganja.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel