Connect with us

Berita Lain

PERSIAPAN RAPI, KERJA KUAT, SENJATA PALING AMPUH PERTAHAN BN

Foto: Muafakat Kedah

KUALA LUMPUR: Faktor kebimbangan mampu membentuk benteng
politik UMNO yang lebih kukuh di negeri Kedah.
Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah Datuk
Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata parti tidak seharusnya berada di zon
selesa kerana ia mampu mengundang keputusan pilihan raya yang tidak dijangka.
“Jentera parti perlu diperkuat selain kehendak rakyat
perlu dipenuhi secara maksimum dan sehabis baik.
“Pemuda UMNO Kedah yakin persiapan rapi dan kerja kuat
yang berlipat ganda adalah senjata paling ampuh bagi mempertahan kuasa pada
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang,” katanya kepada Astro AWANI di
sini pada Jumaat.
Shaiful berkata demikian ketika mengulas keyakinan
pembangkang bahawa Kedah akan jatuh ke tangan mereka pada PRU akan datang.
Dalam pada itu jelasnya, jentera parti tidak boleh mengambil
ringan ramalan serta beberapa dapatan kajian bahawa Kedah akan jatuh ke tangan
pembangkang.
“Kita mohon agar jentera parti melipat gandakan usaha
menghadapi PRU yang akan datang. Kita juga mohon agar seluruh kepimpinan dan
jentera parti tidak mengambil ringan hasil daripada kaji selidik pihak tertentu
yang meramalkan kejatuhan BN pada PRU akan datang.
“Saranan ini lahir di atas dasar tidak mahu parti
sentiasa dibuai di dalam zon selesa dan sentiasa fokus menggandakan persiapan
bagi menghadapi PRU,” ujarnya kepada Astro awani.
Namun begitu Shaiful melahirkan keyakinan BN negeri tidak
akan tumbang begitu sahaja di atas sebab usaha dan pembaharuan yang dibuat oleh
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
“Inisiatif membantu isi rumah melalui bantuan Barakah,
bantuan pendidikan dan inisiatif khas anak muda akan menjadi sebab utama rakyat
negeri Kedah akan kembali memberi sokongan kepada BN pada PRU akan datang.
“Pemuda UMNO Kedah yakin gaya kepimpinan ‘cara Kedah’
yang diamalkan Ahmad Bashah semakin popular dan diterima rakyat.
“Hakikatnya rakyat Kedah amat selesa dengan kepimpinan
‘cara Kedah’ ini dan kembali serta terus memberi kepercayaan kepada BN,”
katanya.
Namun begitu tegas Shaiful, hasil kajian kekalahan BN itu
tidak harus ditolak mentah-mentah.
“Kita perlu mencari asas dan sebab daripada hasil
kajian ini. BN Kedah tidak harus berada di zon selesa dan pada masa yang sama
sentiasa berada di dalam ‘sindrom penafian’.
“BN Kedah perlu membuat tapisan lebih daripada satu
‘lapisan’ kerana kita tidak boleh lagi membuat kesilapan.

“Harus diingat, kelekaan dan merasakan diri berada di
zon selesa telah membuat BN tumbang pada PRU ke-12 dan BN sama sekali tidak
menyangka bahawa mereka akan tumbang di Kedah pada waktu itu,” jelasnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel