Connect with us

Berita Lain

PM: Dr Mahathir Sanggup Belanja Jutaan Ringgit Untuk Jumpa Bush

Najib melambaikan tangan kepada orang ramai sejurus tiba di
Kompleks Bunga Raya KLIA setelah mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat
dan United Kingdom. – Foto Bernama

SEPANG- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai hipokrit kerana bekas perdana
menteri itu sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bertemu bekas
Presiden Amerika Syarikat pada 2002.
Ketika mendedahkan perkara itu, Najib berkata Dr Mahathir
pernah membayar RM7 juta untuk melobi dan berjumpa  George W Bush melalui seorang pelobi yang
bermaustatin di Hong Kong.
“Dr Mahathir gunakan arwah Tan Sri Megat Junid (Megat
Ayub) sebagai perancang utamanya. Bayaran dibuat melalui kontrak TNB Batu
Arang… berjuta-juta dibayar kerana hendak sangat jumpa Bush.
“(Mahathir), Janganlah jadi hipokrit. Tetapi Mahathir
tidak mendapat sambutan macam saya dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45
Donald J Trump,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000
penyokong yang memberi tepukan gemuruh di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Ini.
Para penyokong berkumpul sejak 6 petang bagi melahirkan
sokongan dan penghargaan berikutan kejayaan lawatan Najib ke Amerika Syarikat
selama tiga hari mulai 11 Sept atas undangan Presiden Trump bersempena ulang
tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Menurut Perdana Menteri, lawatan ke Amerika amat berjaya dan
menjelaskan, beliau tidak pergi ke negara kuasa besar itu untuk meminta
bersedekah atau melulut, tetapi menyatakan Malaysia telah sampai ke tahap
pelaku global.
“Saya beri gambaran bagaimana Trump menerima kedatangan
saya. Selepas pertemuan di bilik kabinet, pegawai protokol meminta Trump
berjabat tangan dengan saya di luar pejabatnya.
“Trump kata ‘Tidak, saya mahu mengiringi beliau ke
kereta dan pegawai protokol berkata kereta saya di bawah tanah, dan Trump
berkata ‘tidak mengapa, beliau kawan saya,” kata Najib.
Mengulas lanjut, perdana menteri berkata Presiden Trump
menganggap beliau sebagai kawan dan menghormati kepimpinan Barisan Nasional.
“Saya pergi bukan kerana saya tetapi kerana dan untuk
Malaysia. Kalau kita ada hubungan baik dengan China dan Arab Saudi, (ini)
adalah kerana Malaysia,” katanya.
Mengenai kritikan terhadap pembelian pesawat Boeing, Najib
berkata beliau hanya menyampaikan keputusan yang dibuat Malaysia Airlines Bhd
(MAB), kepada Presiden Trump.
“Secara kebetulan MAB sudah buat keputusan bulan Julai
tahun lepas untuk membeli 25 Boeing 737… Ini keputusan dibuat oleh MAB, saya
menyampaikan kepada Trump,” katanya.
Perdana menteri berkata kritikan Dr Mahathir terhadap
pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika juga bertentangan
dengan kenyataan bekas perdana menteri itu sebelum ini yang menggalakkan KWSP
membuat pelaburan di luar negara.
“Saya dapat rekod kenyataan Dr Mahathir pada 26 April
2005, dia kata KWSP patut melabur lebih di luar negara supaya penyimpan deposit
dapat dividen lebih.
Mengambil contoh pembelian saham Alibaba Group yang
disenaraikan di Amerika oleh Khazanah Nasional Bhd, beliau berkata Khazanah
mendapat keuntungan US$1 bilion daripada pelaburan tersebut.
Mengulas mengenai isu Rohingya, Najib berkata beliau telah
menyebut mengenai isu itu melalui kenyataan rasminya kepada Presiden Trump,
selain turut menyampaikan perkara itu kepada Perdana Menteri Britain Theresa
May dalam pertemuan di London pada Khamis. – Bernama


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel