Connect with us

Berita Lain

PM: Terima Baik Permohonan Maaf Pengusaha Dobi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata permohonan maaf pengusaha kedai perkhidmatan cuci pakaian di Muar, Johor perlu diterima baik semua – Foto: Reuters

PUTRAJAYA, 27 Sept — Tindakan seorang pengusaha kedai
perkhidmatan cuci pakaian di Muar, Johor memohon maaf dan menarik semula
keputusan membuka perkhidmatan tersebut hanya kepada orang Islam patut diterima
dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tindakan itu juga sejajar dengan pandangan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya kebimbangan Sultan Johor bahawa tindakan
pengusaha itu akan membawa kepada imej lslam yang sempit, bertentangan dengan
hasrat negara membentuk satu masyarakat yang bersatu, harmoni, sederhana dan
toleran adalah berasas.
“Kerajaan akan terus komited untuk menegakkan ajaran lslam
yang sebenarnya di samping melindungi kepentingan kaum lain sebagaimana yang
dituntut lslam,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Najib, sebagai sebuah negara Islam yang mendukung
Wasatiyyah dan memperjuangkan Maqasid Syariah, Malaysia akan kekal sebagai
sebuah negara Islam yang sederhana, dengan mengamalkan cara hidup sederhana
yang telah diamalkan sejak merdeka.
“Saya yakin umat Islam akan terus menegakkan perjuangan ini
kerana kita semua ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya,
dihormati dan menjadi contoh kepada negara lain,” kata Najib.
Sejak minggu lepas, gambar kedai dobi itu tular di media
sosial apabila dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan
mesin pencuci pakaian di premis itu.
Tindakan pengusaha dobi tersebut ditegur oleh Sultan Ibrahim
yang bertitah agar konsep perniagaan itu diubah atau Baginda sendiri akan
mengambil tindakan.

Susulan itu, pengusaha terbabit bertindak memohon maaf dan
dilaporkan telah menurunkan papan tanda ‘Mesra Muslim’ di premisnya sejak pukul
10 pagi tadi. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel