Connect with us

Berita Lain

PM Umum Bina 2,010 Unit Rumah Transit Belia Siap Tahun 2020

Datuk Seri Najib Tun Razak melihat model Perumahan Transit
Belia – Foto: Utusan online

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan pembinaan 2,010 unit Perumahan Transit Belia di mukim Batu yang
dijangka siap sepenuhnya pada 2020.
Perdana Menteri berkata, pembinaan projek perumahan itu
merupakan antara janji yang dikotakan kerajaan sebagaimana dibentangkan dalam Bajet
2017, tahun lalu.

Katanya, kadar sewa yang ditawarkan untuk projek perumahan
itu ialah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran, lapor Utusan Online.
“Untuk sebuah rumah studio satu bilik berkeluasan 400 kaki
persegi, kadar sewanya ialah RM400 manakala untuk rumah studio dua bilik berkeluasan
550 kaki persegi pula sebanyak RM550.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apa yang unik ialah konsep sewa sambil menabung
diperkenalkan. Bermakna kalau mereka sewa RM400, RM250 akan dimasukkan dalam
tabung dan apabila cukup lima tahun, mereka akan mempunyai RM15,000 yang boleh
digunakan sebagai deposit beli kediaman baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis
penyerahan kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman dan pelancaran
Perumahan Transit Belia di Kepong dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah
Ahmad Badawi; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Tan Sri Noh Omar; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel