Connect with us

Berita Lain

POLIS BURU PIHAK BERTANGGUNGJAWAB TUMBANGKAN TIANG KAMERA AES, CURI KOMPONEN


TANGKAK, 10 Sept ― Sebuah kamera Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) di Kilometer (KM) 151.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah
utara di sini, tumbang disyaki angkara perbuatan khianat.
Ketua polis daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata
kejadian itu disedari pada pukul 9.35 pagi tadi oleh pekerja syarikat
penyelenggara peralatan terbabit di tempat kejadian.
“Sebuah kereta peronda lebuh raya yang membuat rondaan dari
Ayer Keroh ke Johor Bahru bergegas ke tempat kejadian setelah menerima maklumat
berhubung kejadian tersebut.
“Siasatan awal mendapati tiang kamera AES terbabit telah
tumbang dan beberapa komponen di dalam alat terbabit dipercayai dicuri,”
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata sehingga kini, polis masih mengesan pihak
tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan khianat tersebut dan pihaknya
percaya kegiatan itu mungkin dilakukan pada waktu malam. 
Mohad Idris berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 427
Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan orang ramai yang mempunyai
sebarang maklumat diminta tampil membantu pihak polis.
Pada Jun lalu, kamera AES yang dipasang di kawasan
pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak itu antara perangkap had
laju terkini yang dipasang pihak berkuasa.
Sebuah lagi kamera AES yang berada berdekatan lokasi
tersebut adalah di KM 146.8 menghala selatan dan difahamkan kamera berkenaan
tidak terlibat dalam perbuatan khianat itu serta masih beroperasi seperti
biasa. ― Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel