Connect with us

Berita Lain

POLIS KENA TAHAN DIDAKWA LAKUKAN ‘SENTUHAN’ TERHADAP REMAJA LELAKI


KUCHING: Seorang anggota polis ditahan kerana didakwa
melakukan sentuhan seksual terhadap remaja lelaki, Isnin lalu.
Suspek yang berpangkat Lans Koperal, ditahan di sebuah rumah
di Jalan Pinang Jawa di Kuching jam 5.30 petang hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar,
berkata suspek yang berusia 33 tahun ditahan selepas mangsa yang berusia 14
tahun membuat laporan di Balai Polis Batu Kawa jam 12.45 tengah malam tadi.
Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, suspek didakwa
melakukan sentuhan seksual terhadap mangsa di dalam keretanya kira-kira jam
1.10 tengah hari Isnin lalu.
“Suspek yang juga kenalan keluarga mangsa pada mulanya
datang ke rumah dan menawarkan diri untuk menghantar remaja terbabit ke kedai
kakaknya.
“Namun ketika dalam perjalanan, suspek membawa mangsa
ke satu kawasan di Batu Kawa sebelum melakukan sentuhan fizikal terhadap remaja
terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dev berkata, remaja terbabit kemudian di hantar ke kedai
kakak mangsa seperti yang dijanjikan selepas kejadian, lapor BH online lagi.
Beliau berkata, selepas enam hari kejadian, mangsa kemudian
membuat laporan di Balai Polis Batu Kawa kerana bimbang suspek mengulangi
perbuatan itu terhadapnya.
“Berdasarkan laporan yang diterima, sepasukan pegawai
dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan
menahan suspek.
“Suspek bertugas di Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Sarawak akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching esok untuk
mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta
Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel