Connect with us

Berita Lain

Polis Sahkan 22 Maut Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh
Ishar Singh mengesahkan seramai 22 pelajar dan dua tenaga pengajar maut dalam
kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini,
awal pagi ini.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang maut terdiri
daripada pelajar dan tenaga pengajar yang menginap di tingkat atas bangunan dua
tingkat itu.
“Mangsa-mangsa maut selepas terperangkap di tingkat atas bangunan
berkenaan kerana terdapat satu pintu atau laluan untuk keluar dan masuk.

“Terdapat mangsa yang sempat menyelamatkan diri. Tenaga
Pengajar yang maut berusia lingkungan 30-an dan kesemua mayat mangsa dihantar
ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. – mStar
Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel