Connect with us

Berita Lain

POLIS SIASAT INSIDEN ‘STEERING LOCK’


PETALING JAYA: Pihak polis akan menyiasat insiden
membabitkan seorang wanita mengugut pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya
dengan menggunakan pengunci stereng yang dirakam dalam sebuah video yang tular
sejak petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad
Aminuddin Megat Alias berkata, wanita tersebut akan disiasat di bawah Seksyen
506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah lapor mstar online.

Dipercayai insiden itu tercetus selepas pegawai berkenaan
mengunci tayar kereta wanita terbabit kerana diletakkan secara haram di hadapan
sebuah restoran.
Pegawai yang memakai jaket MPSJ itu dengan tenang
menjelaskan kepada wanita terbabit bahawa dia telah meletakkan kereta di tempat
yang salah.

Walaupun telah dijelaskan tentang kesalahannya, wanita itu
terus menjerit sambil menggertak pegawai tersebut menggunakan pengunci stereng.

Megat Mohamad Aminudin berkata, kereta itu ditarik ke depot
di Puchong.

“Suami wanita itu kemudian muncul dan membayar denda di
majlis perbandaran dan meminta maaf atas tingkah laku kasar isterinya,”
katanya.

INSIDEN STEERING LOCK: WANITA MENGAMUK TAYAR… oleh malaysianupdate

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel