Connect with us

Berita Lain

PORTAL BERITA SINGAPURA MOHON MAAF, TARIK BALIK ARTIKEL


PETALING JAYA: Portal berita Singapura, theindependent.sg
telah menarik balik laporannya berhubung kematian mangsa anggar lari, Justinian
Tan.
 
Semakan terhadap artikel di laman web itu digantikan dengan
notis yang bertajuk “Kami Mohon Maaf!”.

“Kami memohon maaf kepada pihak yang terbabit dengan
kemelut disebabkan insiden ini,” menurut notis itu pada Ahad.

Ia susulan pengumuman Kementerian Kesihatan bahawa ia akan
membuat aduan rasmi kepada Kerajaan Singapura berhubung dakwaan yang dibuat
dalam laporan tersebut.

Menurut artikal di portal itu, ambulans mengambil masa 30
minit untuk tiba di tempat kejadian di Jalan Dato Abdullah Tahir, di Taman
Abad, pada 25 Ogos lalu.

Tan yang merupakan rakyat Singapura, bersama lima lagi
rakannya sedang berjalan ke kereta selepas makan tengah malam sebelum dia
bersama seorang lagi rakan dilaporkan dilanggar sebuah kereta dari arah
belakang.

Bagaimanapun, kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia
itu tidak berhenti selepas pelanggaran itu.

Artikel itu yang berdasarkan maklumat oleh salah seorang
rakan Tan turut mendakwa bahawa Sultanah Aminah Hospital (HSA) mendesak
sejumlah bayaran daripadarakan mangsa sebelum memberikan rawatan.

Keluarga Tan membawa mangsa keluar daru HSA ntuk dimasukkan
ke Hospital Besar Singapura, di mana dia meninggal dunia pda kira-kira pukul
12.30 tengah malam pada 30 Ogos lalu selepas diberikan bantuan sokongan hayat.

Pada Jumaat, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah yang merujuk kepada rekod ambulans, menafikan kelewatan atau tuntutan
bayaran sebelum Tan diberikan rawatan.

Seorang rakan Tan yang berada di tempat kejadian kemudiannya
dilaporkan mengakui mungkin terdapat kekeliruan di hospital di negara ini
disebabkan masalah komunikasi. – mstar online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel