Connect with us

Berita Lain

Pusat tahfiz tiada kelulusan bomba, DBKL, kata menteri



KUALA LUMPUR, 14 Sept ― Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
tiada kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan berkata kelulusan itu perlu
untuk sesebuah pusat tahfiz menjalankan aktiviti pengajian.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pusat tahfiz
itu tidak memenuhi piawai keselamatan kerana hanya ada satu laluan keluar masuk
ke tingkat atas, lapor malaymail online.
“Berdasarkan tinjauan bersama Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL), kita dapati wujud kesalahan kerana premis ini hanya mempunyai
satu laluan. Ia berbahaya dari segi keselamatan,” katanya.
Beliau juga sudah mengarahkan pegawai kementeriannya dan
DBKL memeriksa semua pusat tahfiz di ibu negara dan Putrajaya.
“Kadang-kadang bila kita tegur dan suruh tutup sesebuah
premis, saya dan DBKL dimarahi dan dikatakan berlaku tidak adil namun
sebenarnya kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku,” katanya.
Seramai 25 orang termasuk 23 pelajar rentung dengan
sebahagian mereka dikatakan gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran ketika
azan subuh.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel