Connect with us

Berita Lain

Rakyat Perlu Hindar Amalan Rasuah Dan Perpecahan – Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. – Foto: Astro Awani

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Rakyat Malaysia perlu menghindarkan
amalan rasuah dan perpecahan perpaduan yang satu ketika dahulu telah
menyebabkan perang saudara yang melemahkan ummah sehingga meruntuhkan Empayar
Islam, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata rakyat perlu belajar daripada sejarah dan
mengelakkan nasib yang sama, memandangkan Maal Hijrah bukan sahaja menyambut
tahun baharu tetapi juga meraikan maksud di sebalik penghijrahan Nabi Muhammad
SAW dari Makkah ke Madinah pada tahun 622.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mengimbau tahun 622, apabila Eropah masih di dalam Zaman
Kegelapan, Dunia Islam berjuang untuk kebebasan, hak-hak sivil dan mengakhiri
penindasan dan pembunuhan. Muslim, Yahudi dan Kristian hidup bersama dalam satu
masyarakat dan menghormati hak dan agama masing-masing.
Keadaan itu mendorong apa yang ahli sejarawan menyifatkan
era kegemilangan Islam,” katanya dalam catatan blog beliau
sskeruak.blogspot.my, malam ini bersempena sambutan Maal Hijrah 1439H.
“Malangnya ini semua akan musnah kerana rasuah dan
perpecahan. Perang saudara meletus dan ini melemahkan ummah sehingga
menyebabkan runtuhnya Empayar Islam.
Malaysia adalah rapuh kerana masyarakat yang berbilang kaum
dan golongan tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dan merosakkan
perpaduan,” katanya.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel