Connect with us

Berita Lain

Ramai Lagi Ahli Politik Pembangkang Akan Sertai Umno, Kata Annuar

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa – Foto: The Sun Daily



KUALA LANGAT –  Ketua
Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan ramai lagi ahli
politik  Pakatan Harapan akan menyertai
Umno  susulan kembalinya bekas Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib ke pangkuan parti itu.

Beliau berkata pengumuman perkara berkenaan akan dilakukan
secara berperingkat-peringkat.
“Saya sahkan memang ada anggota daripada Harapan yang
akan menyertai Umno  dan kembali kepada
Umno, pengumuman itu kami akan dilakukan secara berperingkat, kita tunggu
sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Minda dan Sesi
Dialog Bersama Rakyat di Kolej Mara Banting di sini semalam.
Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
laporan media bahawa terdapat lapan anggota politik lain dari Selangor
sepatutnya menyertai Muhammad Taib ketika beliau diumumkan menyertai kembali Umno
Ahad lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Muhammad Taib keluar
daripada Umno pada 2013 untuk menyertai Pas dan kemudian meninggalkan Pas untuk
menganggotai PKR pada 2015.
Mengulas lanjut, Annuar berkata  pergeseran dalaman antara parti-parti
komponen Harapan, tiada agenda untuk membangunkan ekonomi rakyat dan negara
dilihat menjadi punca anggota politik yang berkenaan berminat dengan Umno dan
BN.
“Harapan ini bukan sebenarnya mahu membantu rakyat dan
membangunkan negara, mereka hanya berebut kuasa dan membuat tohmahan dan fitnah
semata-mata.

“…dan sekarang banyak tohmahan dan fitnah mereka ini
telah terjawab dengan sendiri, isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
akan ditangkap jika ke Amerika Syarikat ternyata tipu, isu 1MBD, wang derma
daripada  keluarga diraja Arab Saudi,
semua itu sudah terjawab dan rakyat sendiri dapat melihat permainan kotor
politik pembangkang ini,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel