Connect with us

Berita Lain

Rizal Mansor: Dengan Tulisan FB Budak Pengangkat Beg Pun Rafizi Takut Ke?

Rizal menjelaskan kehadirannya merasmikan mesyuarat Pemuda Umno
adalah atas jemputan dan beliau telah memastikan perbuatan itu tidak melanggar
sebarang peraturan sebagai pegawai awam. – Foto Astro Awani
PERTAMA sekali saya ucapkan terima kasih kepada Rafizi Ramli
kerana telah memberi respon panjang lebar terhadap persoalan-persoalan yang
dibangkitkan oleh saya. Walaupun selama ini saya diiktiraf oleh Rafizi sebagai
budak pengangkat beg.
Jawapan-jawapan yang diberikan oleh Rafizi itulah yang
memang saya mahukan sebagai bukti dan pengesahan untuk beberapa tindakan
selanjutnya. Selain itu, jawapan-jawapan yang diberikan oleh Rafizi juga telah
menimbulkan beberapa lagi persoalan-persoalan baru yang mengejutkan. Dan
menunjukkan betapa liciknya Rafizi cuba memperdayakan orang ramai dengan cara
yang salah. Tak mengapa, kita selesaikan satu persatu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum saya pergi lebih jauh, terlebih dahulu saya mahu
memberitahu Rafizi, darjah kebesaran yang saya terima tidak membawa gelaran
Datuk Seri sepertimana yang anda catitkan. Hanya membawa gelaran Dato’ sahaja.
Ish…ish…ish…jangan angkat saya tinggi sangat. Kan anda kata saya hanya
budak pengangkat beg sahaja?
Tentang dakwaan Rafizi bahawa saya telah melanggar Peraturan
21 (I) dengan mengambil bahagian dalam politik
Saya tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik, hatta
sebagai pemeriksa kira-kira di peringkat cawangan sekali pun tidak.
Tentang dakwaan saya berkempen secara rasmi dalam PRK Kuala
Kangsar
Itu adalah pembohongan yang nyata. Saya tidak pernah
menyertai dari sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besar kempen dalam PRK
berkenaan. Sepanjang PRK itu saya  hanya
sekali ke Kuala Kangsar untuk mengikuti sidang media Rafizi berhubung
dakwaan-dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap majikan saya. Saya mahu
mendengar dengan teliti apa yang diungkapkan beliau terhadap majikan saya.
Malangnya Rafizi telah menghalang saya dari mengikuti sidang medianya. Dan berlaku
sedikit kekecohan di pintu masuk.
Tentang merasmikan mesyuarat Pemuda Umno
Kehadiran saya adalah atas jemputan. Dan saya telah
memastikan bahawa kehadiran saya tidak melanggar sebarang peraturan pegawai
awam. Saya harap Rafizi jangan dengki dengan saya dalam hal ini. Tidak
munasabah pula untuk Pemuda Umno menjemput Rafizi bagi merasmikan mesyuarat
mereka. Saya faham emosi dan perasaan Rafizi sekarang ini. Saya faham beliau mudah
tersentuh sekarang kerana semakin dipinggirkan dalam PKR. Telah lama dia tidak
berucap atas pentas parti di depan ahli-ahli parti sendiri. Hingga terpaksa
membawa diri bersama sebiji lori untuk berceramah depan puluhan orang sahaja.
Tentang dakwaan mengeluar kenyataan-kenyataan politik
Saya tidak pernah membuat sidang media, kenyataan media
sepertimana yang sering dilakukan oleh Rafizi. Saya hanya menulis dan meluahkan
pendapat saya di Facebook peribadi sepertimana yang rakyat Malaysia lain
lakukan. Dengan tulisan FB budak pengangkat beg pun Rafizi takut ke?
Melihat kepada Rafizi yang mahu melaporkan saya kepada pihak
atasan, bermakna saya telah membangkitkan perkara yang sensitif kepadanya. Yang
boleh membawa kesan besar terhadapnya. Saya mencabar Rafizi meneruskan aduan
terhadap saya, dan saya bersedia terima hukuman sekiranya bersalah. Rafizi juga
harus bersedia jika ada tindakan yang diambil terhadap syarikatnya yang giat
mengutip derma dari orang ramai.
Sekian untuk pusingan kali ini. Kita akan jumpa lagi di
pusingan akan datang.

*Datuk Rizal Mansor merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas
Perdana Menteri

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi
penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Malaysian Update.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel