Connect with us

Berita Lain

Rugi RM52,000 Gara-Gara Pinjaman Peribadi Penipu

Kuala Lumpur: Sudahlah wang yang dipinjam tidak diterima, dia pula mengalami kerugian RM52,000 dan terpaksa berhutang dengan rakan kerana mahu memenuhi syarat ditetapkan pengurus kewangan yang kononnya menawarkan pembiayaan peribadi
Itu nasib menimpa seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Siti Aminah, 30-an, selepas dia membayar jumlah itu kepada individu berkenaan yang mengiklankan perkhidmatan di laman Facebook.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Siti Aminah, pada mulanya dia meragui perkhidmatan lelaki berkenaan, namun selepas mendapatkan pandangan ahli keluarga, dia meneruskan permohonannya lapor My Metro.
“Saya hanya berkomunikasi dengan dia melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp, malah sebaik menghantar dokumen yang diperlukan, permohonan saya lulus tidak sampai 10 minit.
“Selepas itu, dia mula meminta bayaran kononnya sebagai kos pengurusan dan guaman yang mana saya bayar secara berperingkat antara RM3,000 hingga RM5,000 melalui lebih 10 transaksi.
“Malangnya, wang yang sepatutnya saya pinjam iaitu sebanyak RM50,000 itu tidak diterima sehingga ke hari ini, sebaliknya saya pula sudah kerugiaan RM52,000,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam (PPIM), semalam.
Katanya, bagi memenuhi syarat individu itu, dia terpaksa meminjam daripada keluarga dan rakan.
“Saya mula menyedari tertipu selepas nombor telefon bimbit lelaki berkenaan gagal dihubungi dan kini sudah menghilangkan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, sebanyak 12 aduan diterima sepanjang minggu lalu berhubung tawaran pembiayaan peribadi di media sosial.
Katanya, sindiket atau penipu berkenaan menggunakan logo bank atau agensi kerajaan untuk meyakinkan mangsa mengenai tawaran yang diberikan.
Beliau berkata, pihaknya menggesa agensi penguatkuasaan terbabit perlu berganding bahu untuk mengekang iklan berbentuk penipuan ini di laman sosial.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel