Connect with us

Berita Lain

SAJAT MAHU AMBIL TINDAKAN, PIAN KPOP MENANGIS MOHON MAAF



PETALING JAYA: Seorang pemuda membuat permohonan maaf secara
terbuka selepas mempersendakan wajah anak angkat usahawan kosmetik terkenal,
Nur Sajat.


Dikenali sebagai Pian Kpop menerusi akaun Instagram, dia
pada Khamis malam mengakui tindakannya itu agak keterlaluan.

“Kak Sajat, Pian minta maaf sebab Pian dah keterlaluan. Pian
mengaku Pian bersalah.

“Jadi, Pian harap Kak Sajat maafkan Pian dan janganlah saman
Pian. Di atas kesempatan ini, Pian ingin menyusun 10 jari maafkanlah Pian
sangat sangat,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial sambil
menggelarkan dirinya sebagai ‘artis Kpop nombor satu Malaysia yang bertapak di
Kelantan’.

Menurut mstar online, Pian yang turut berjanji tidak akan mengulangi perkara itu
memberitahu, tindakan keterlaluan tersebut dibuat semata-mata mahu meraih
perhatian Sajat.

“Bukan apa, Pian nak perhatian daripada Kak Sajat sebab
semua orang tidak mahu ambil perhatian pada Pian.

“Minta maaf Kak Sajat,” katanya yang sekali lagi memohon
maaf dengan nada sebak sebelum mengalirkan air mata.
Terdahulu, Pian yang terkenal dengan video parodi di laman
sosial memuat naik gambar Sajat bersama dua anak angkatnya pada Rabu.

Bagaimanapun, wajah dua anak angkat Sajat itu disunting dan
digantikan dengan gambar Pian, sehingga menimbulkan kemarahan netizen termasuk
Sajat.

Usahawan kosmetik itu menerusi laman sosialnya kemudian
memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap Pian berikutan lawaknya yang
keterlaluan.

“Jangan suka-suka hati nak buat lawak yang tak ada kualiti.
Awak dah masukkan gambar saya dan edit muka anak saya. Awas!,” tegas Sajat.

Bagaimanapun gambar yang dimuat naik Pian mempersendakan
wajah anak angkat Sajat itu telah pun dipadam, disusuli dengan video permohonan
maaf.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel