Connect with us

Berita Lain

SAMY VELLU DAN DUA LAGI DIANUGERAH GELARAN TUN

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus
Sharif serta dua bekas menteri Kabinet, Datuk Seri S Samy Vellu dan Tan Sri
Michael Chen Wing Sum, dianugerahi darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM),
anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun.

Mereka mendahului senarai 1,518 penerima Darjah
Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2017 bersempena Hari Keputeraan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, hari ini.
Md Raus, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara
selama tiga tahun berkuat kuasa pada 4 Ogos lalu, menggantikan Tun Arifin
Zakaria yang bersara.
Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Presiden
Mahkamah Rayuan sehingga 3 Ogos 2017.
Samy Vellu, 81, adalah Duta Khas ke India dan Asia
Selatan dalam bidang infrastruktur berkuat kuasa 1 Januari 2011.
Beliau adalah antara pemimpin paling lama memegang
jawatan dalam Kabinet bermula sebagai Menteri Kerja Raya dan Utiliti pada tahun
1979 sehingga 2008.
Michael Chen, 85, adalah bekas Timbalan Presiden
MCA dan pernah dilantik Yang Dipertua Dewan Negara pada 2000 hingga 2003.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri
Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru dan sebagai ahli Dewan Negara
bermula 1997 hingga 2003.
Tiga individu menerima anugerah Darjah Kebesaran
Panglima Mangku Negara (PMN) membawa gelaran Tan Sri, iaitu Presiden Mahkamah
Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri
Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri
Mohamad Fuzi Harun.
48 dianugerah Tan Sri
Seramai 48 individu dianugerahi Darjah Kebesaran
Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri termasuk Ketua
Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd
Yusof; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Aziah Ali; Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah; Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Turut menerima PSM ialah Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Tengku Temenggong
Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz; Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad; Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.
Penerima PSM yang lain termasuk Ketua Menteri
Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri S
Vigneswaran; Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim; Panglima
Tentera Darat, Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara, Datuk
Seri Affendi Buang.
51 terima gelaran Datuk
Seramai 51 individu menerima Darjah Kebesaran
Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk dan lapan individu
menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Di Raja yang juga membawa gelaran
Datuk.
Seramai 26 individu menerima Darjah Kebesaran Johan
Mangku Negara (JMN), 86 individu menerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota
(JSM), 250 menerima Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) dan 11 menerima
Bintang Kesatria Setia Di Raja (KSD).

Seramai 412 individu dianugerahkan Bintang Ahli
Mangku Negara (AMN), 581 individu menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN), 37
individu menerima Bintang Setia Di Raja (BSD) dan dua individu menerima
anugerah Panglima Gagah Berani (PGB). – BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel