Connect with us

Berita Lain

Saya Cuci Tandas Untuk Tambah Pendapatan, Kata Datuk Fazley


CEF selebriti terkenal tanah air, Datuk Fazley Yaakob
mengakui pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan di sebuah
restoran India ketika belajar di New Zealand.
Menurut Fazley, dia melakukan pekerjaan itu untuk menjana
pendapatan sampingan selain mendapatkan duit poket bagi membayar pengajian
ketika berada di sana.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ketika
berusia 18 tahun, saya pernah bekerja separuh masa sebagai pencuci tandas di
sebuah restoran India.
“Perkara itu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan
sampingan sebelum saya dinaikkan pangkat menjadi pencuci pinggan, gaji ketika
itu 10 dolar sejam dan sehari saya bekerja selama lapan jam.
“Dari situ saya belajar memasak dan mengenali
rempah-rempah. Kadang-kadang kalau cef tiada saya yang kena masak makanan
kepada pelanggan.
“Bermula dari situ minat memasak saya datang sebelum
saya bertekad ingin fokus terhadap bidang ini dan mencari pelbagai rujukan yang
boleh dijadikan panduan untuk bergelar seorang cef,” katanya kepada Astro
Gempak.
Fazley berkata demikian ketika ditemui pada Majlis
Pelancaran Portal Membeli-belah Jaya Grocer, di Starling Mall, Damansara
Uptown, baru-baru ini. – Astro Awani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel