Connect with us

Berita Lain

SAYA TAK KUTUK CUMA SEDIH REMAJA MELAYU JADI PENCURI, KATA PENGASAS D’NARS SKINCARE



PETALING JAYA: “Saya tak kutuk bangsa Melayu, saya cuma
sedih tengok remaja Melayu jadi pencuri,” kata pengasas produk kecantikan
D’nars Skincare, Faziani Rohban Ahmad.


Faziani yang mengulas mengenai kejadian pecah masuk
kediamannya di Taman Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan awal pagi
Selasa berkata beliau amat terkejut melihat ‘aksi’ empat remaja Melayu mencuri
dua buah motosikal di perkarangan rumahnya menerusi rakaman kamera litar
tertutup (CCTV).

“Berdasarkan gerak-geri, nampak macam mereka dah biasa
buat kerja ni, bila tengok CCTV saya rasa ia memang memalukan bangsa dan agama.

“Nampak jelas wajah anak Melayu, saya sedih kenapa
mereka pilih jalan tu sedangkan banyak kerja lain di luar sana,” katanya
kepada mStar Online.

Menurut Faziani beliau sedar terdapat pihak yang kurang
setuju dengan ayat ‘4 ekor anak Melayu’ yang ditulis sebagai keterangan pada
empat video rakaman CCTV yang dimuat naik di laman sosial.

“Saya tak kata semua Melayu sama, saya tak kutuk
Melayu, saya pun Melayu, saya maksudkan segelintir yang buat ‘kerja’ macam ni.

“Kalau saya tak viralkan, mereka tak akan malu atau
sedar,” katanya.

 Dalam kejadian jam 3.48 pagi itu, dua buah motosikal jenis
Yamaha 125Z (edisi terhad) milik adik dan anak lelakinya telah dicuri oleh
empat remaja lelaki dalam masa tidak sampai 10 minit dengan cara memotong kunci
pada pagar.
Dua motosikal yang hilang bernombor pendaftaran F422 dan
RP7545. Dianggarkan insiden itu menyebabkan kerugian sebanyak RM22,000.
Susulan kejadian itu juga, Faizani menawarkan ganjaran
RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang memberi maklumat sehingga membawa kepada
penangkapan individu terbabit, lapor mstar online.

“Tawaran itu pula bukan riak, tapi kalau dapat tangkap
saya puas hati dan dalam masa sama dapat selamatkan orang lain khususnya di
kawasan ini.

“Bagi saya ganjaran tunai RM5,000 itu tinggi, nilai
kerugian RM22,000 juga besar tapi besar lagi nilai agama dan bangsa kita,”
katanya.

Faziani berkata beliau telah membuat laporan polis di  Balai Polis Wakaf Bharu.
Beliau turut menggesa agar anggota polis lebih kerap membuat
rondaan dan melakukan pemantauan di kawasan perumahan bagi mengelakkan kejadian
ini daripada berulang.



Faziani Rohban Ahmad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel