Connect with us

Berita Lain

Saya Tidak Marah Dipanggil Penyamun, Diktator Tapi… – Tun Dr Mahathir

DR MAHATHIR: Yang saya sedih dan marah ialah apabila PAS
mengkafirkan saya dan semua orang Melayu yang tidak sokong PAS – Foto: Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui masih diselubungi dengan rasa marah
dengan tindakan PAS yang didakwanya mengkafirkan beliau.
Menurut Dr Mahathir, tindakan kafir-mengkafir ini menjadi
punca perpecahan dalam kalangan Melayu Islam di Malaysia.
Berikut reaksi mantan perdana menteri itu terhadap kenyataan
yang dibuat Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man yang dipetik daripada entri terbaharu di blognya chedet.cc:
1. Saya berasa sedih membaca rencana jawapan oleh Tuan
Ibrahim Tuan Man terhadap ulasan saya berkenaan Parti PAS. Saya hormati Tuan Ibrahim
sebagai satu-satunya pemimpin PAS yang rasional. Tetapi jawapannya tidak
sedikit pun menyentuh perkara utama yang dibangkitkan dalam rencana saya.
2. Sesungguhnya saya tidak marah jika saya dipanggil
penyangak, penyamun, diktator dan sebagainya. Saya tidak harap musuh politik
saya memanggil saya dengan nama baik. Jika mereka membuat demikian tentulah
sukar bagi mereka menentang saya.
3. Tetapi yang saya sedih dan marah ialah apabila PAS
mengkafirkan saya dan semua orang Melayu yang tidak sokong PAS. Perbuatan ini
dilarang oleh agama Islam. Dan mereka yang dikafir marah dan kecewa didakwa
mereka tidak Islam.
4. Tuan Ibrahim tidak menyentuh perkara ini sama sekali.
Sebaliknya Tuan Ibrahim hanya melempar berbagai kata kesat kepada saya. Ini
bermakna Tuan Ibrahim bersetuju dengan dakwaan PAS bahawa saya dan lain-lain
orang Melayu yang tidak menyertai PAS adalah kafir. Yang tidak menyertai PAS
ini ramai. Raja-raja kita pun tidak menyertai PAS. Sudah tentu orang Islam yang
seramai 1.7 bilion diseluruh dunia, mengikut dakwaan PAS adalah kafir.
5. Pengkafiran inilah yang memecahbelah orang Melayu Islam
yang semua percaya dan mengikut amalan agama Islam yang sama dan mengucap dua
kalimah syahadah dan berada dalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, berimam
kepada Imam Shafei.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

6. Yang saya katakan ialah sebelum adanya PAS tidak ada
perpecahan disebabkan kelainan agama di kalangan orang Melayu Islam. Hanya
apabila PAS ditubuh dan mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti politik
PAS, barulah orang Melayu Islam berpecah sehingga tidak terima nikah ibu bapa,
bersembahyang dua imam, berkuburan berasingan dan bermusuh ketat antara orang
PAS dengan orang bukan PAS.
7. Kenyataan saya ini tidak boleh dipertikai oleh sesiapa.
Bolehkah Tuan Ibrahim nafi perpecahan ini berlaku, dan ianya berlaku kerana PAS
menidakkan Islamnya orang UMNO dan juga orang lain yang tidak menyertai PAS.

8. Saya berada di zaman sebelum PAS ditubuh. Ada kaum muda
dan kaum tua. Tetapi tidak ada perpecahan antara orang Melayu kerana agama.
Sudah tentu tidak ada sembahyang dua imam, perkuburan berasingan dan lain-lain.
9. Soal mengkafir ini hanya berlaku apabila PAS ditubuh dan
PAS kafirkan orang UMNO terutamanya kerana UMNO bekerjasama politik dengan
orang bukan Islam.
10. Kemudian PAS bekerjasama dengan DAP. Tetapi PAS dakwa
ini tidak menjadikan PAS kafir. Kerjasama PAS diberi nama “tahaluf siyasi”
perkataan Arab yang bermakna “kerjasama politik”. Hanya dengan mengguna Bahasa
Arab tidak menjadikan perbuatan PAS itu Islam.
11. Oleh kerana Tuan Ibrahim tidak sentuh soal mengkafir
orang yang bukan ahli PAS, dibawah ini saya kemukakan soalan-soalan berkenaan
perkara ini supaya Yang Berbahagia Tuan Ibrahim dapat faham kandungan utama
rencana saya.
i) Apakah Tuan Ibrahim percaya bahawa sesiapa yang tidak
menyertai PAS tidak Islam.
ii) Apakah orang Melayu kafir sebelum adanya PAS.
iii) Apakah ibubapa orang PAS kafir kerana dilahir sebelum
adanya PAS.
iv) Apakah PAS tidak kafir apabila bekerjasama politik
dengan DAP.
v) Mengikut PAS, UMNO kafir. Jika PAS bekerjasama dengan
UMNO apakah PAS menjadi kafir.
vi) Amanat Hadi dakwa pemerintahan Malaysia kafir dan melawan
dengannya adalah jihad dan kematian dalam perlawanan ini menjadikan si mati
syahid. Apakah Tuan Ibrahim terima dakwaan dalam amanat Hadi?
vii) Jika pemerintahan yang didirikan oleh UMNO dahulu
kafir, apakah pegawai-pegawainya, termasuk mufti dan orang-orang yang dipimpin
dan dinasihat oleh mereka kafir.
viii) Apakah Tuan Ibrahim percaya 14 pengikut Ibrahim Libya
mati syahid dah 4 orang polis mati sebagai orang kafir yang bekerja dengan
Kerajaan kafir?
12. Soal saya dalam rencana ini jelas. Memaki saya, iaitu
saya ini perompak dan penyamun, mencerita berkenaan kezaliman saya dan bermacam
lagi tidak sedikitpun menimbul kemarahan saya. Memanglah musuh saya tidak akan
puji saya. Membuat tuduhan yang tidak berasas memang cara musuh untuk menang
dalam pilihanraya.
13. Tetapi mengkafirkan saya tidak boleh saya terima. Ia
dilarang oleh Islam, dilarang dalam Al-Quran. Ia berdosa dan orang yang
mengkafirkan orang Islam, akan dapati dakwaan mereka akan kembali kepada
mereka. Ini yang dijanji dalam Al-Quran.
14. Tidak perlu dakwa saya tidak berbahasa Arab. Tidak perlu
kata saya bukan orang agama, tidak berijazah dalam agama Islam.
15. Tetapi soalnya apakah orang yang terpelajar dalam agama
Islam seperti Tuan Ibrahim, orang yang mendakwa diri mereka ulama, apakah
mereka terima dakwaan PAS bahawa orang yang tidak menyertai PAS menjadi kafir.
Jika mereka terima maka bukan sahaja orang UMNO, dan sekarang ini orang Parti
Pribumi Bersatu Malaysia, yang kafir, mufti-mufti Kerajaan dan Raja-raja Melayu
turut jadi kafir. Jika tidak PAS, Tuan Ibrahim sendiri boleh buat kenyataan
bahawa dalam dunia ini hanya mereka yang menyertai PAS sahaja yang beragama
Islam. Apabila seseorang memasuki agama Islam, maka ia mesti sebut keahlian
dalam PAS sebelum ia diterima memeluk agama Islam.

Advertisement
16. Tak usah lari dari soal pengkafiran ini. Jelaskan dengan
tegas benar atau tidak orang yang tidak menyertai PAS kafir.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel