Connect with us

Berita Lain

Selepas Banyak Kali Tangguh Hasrat Perjalanan Pulang Berakhir Tragedi



GUA MUSANG: Setelah beberapa kali menangguhkan hasrat balik
ke kampung halaman, perjalanan pulang empat sekeluarga berakhir di Kilometer
52, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, setelah kereta dinaiki bertembung treler, pagi
Jumaat.


Kemalangan itu mengorbankan pemandu kereta, Zainuddin Anuar,
30, beralamat di Sungai Besar, Selangor, isteri, Raizuamira Daud, 31, serta dua
anak mereka, Nur Annisa Sofea, 2, dan Zayyan Nazreel Zainuddin, 13 hari.

Abang mangsa, Mohd Razuki Daud, 48, berkata, dia tidak
mengetahui kepulangan adiknya, Raizuamira Daud, 31.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, dia hanya tahu mengenai perkara itu setelah
dimaklumkan ahli keluarga dan terus bergegas ke Gua Musang.

“Kali terakhir mereka balik pada Hari Raya Aidilfitri lepas.
Tak ada apa yang pelik. Dia berselera makan mungkin sebab masa itu tengah sarat
mengandung.

“Sebelum dia bersalin, dia pernah beberapa kali
beritahu nak balik tapi tak jadi. 
Saya juga sedih atas pemergian mereka
sekeluarga kerana tak sempat lihat anak saudara saya yang baru, tapi saya
reda,” katanya.

Bapa saudara Allahyarham, Mat Deris Daud, 58, memberitahu,
anak saudaranya yang bekerja sebagai penyelia kantin asrama Kolej Sepang itu
seorang yang peramah.

“Kami jarang berjumpa dan kali terakhir saya lihatnya ketika
hari raya. Memang saya terkejut dapat perkhabaran ini namun reda dengan
ketentuan Allah.



“Allah sebaik-baik perancang. Mereka ‘diambil’ bersama di
hari Jumaat,” katanya ditemui di perkarangan Hospital Gua Musang (HGM), di
sini.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi
Superintendan Abdullah Daud berkata, kemalangan melibatkan sebuah treler muatan
beras dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Treler berkenaan menghala ke Gua Musang, manakala
kereta mangsa dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai. Tiba di tempat kejadian,
treler berkenaan dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan mangsa diseret 70 meter dari lokasi kejadian.
Pemandu dan bayi lelaki tercampak keluar dari kenderaan, manakala isteri dan
anak perempuan tersepit dalam kereta dan mengalami kecederaan serius.

“Kesemua mayat dibawa ke HGM dan dituntut keluarga
selepas proses bedah siasat,” katanya. – Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel