Connect with us

Berita Lain

Selepas Dr Mahathir Hadir Beri Keterangan, RCI Bank Negara Tamat

Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: The Malaysian Insight

PUTRAJAYA, 19 Sept — Prosiding siasatan suruhanjaya siasatan
diraja (RCI) kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) ditutup hari ini.
Semalam ia mendengar keterangan bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.
Dr Mahathir berkata beliau hanya mengetahui kerugian RM5
bilion selepas dimaklumkan oleh menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Sementara Daim pula berkata beliau tidak dimaklumkan urus
niaga tukaran wang asing yang menyebabkan bank pusat itu rugi berbilion-bilion
ringgit.
Berita Harian melaporkan saksi ke-25 hari ini Tan Sri Ishak
Tadin sepatutnya memberi keterangan, namun tidak dapat berbuat demikian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anak saksi terakhir itu Rizal memaklumkan kepada pegawai
pengendali Datuk Suhaimi Ibrahim bahawa bapanya mengalami masalah “memori
singkat”.
“Umur dia 85 tahun, tapi kalau tanya, dia akan menjawab 70
tahun kerana beliau tidak rasa seperti berusia 85 tahun,” kata anak bekas ketua
audit negara itu.
Utusan Online pula memetik pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek
Hassan yang mengarahkan semua pihak memfailkan hujah bertulis sebelum 5 petag
Khamis ini.
Prosiding itu yang diadakan di Istana Kehakiman di sini
sejak 21 Ogos lalu akan memasukkan 42 dokumen sebagai keterangan.
Suruhanjaya itu diberikan tempoh sehingga 13 Oktober ini untuk
menyiapkan laporannya berhubung kerugian bank pusat itu antara hujung 1980-an
hingga awal 1990-an. – Malay Mail Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel