Connect with us

Berita Lain

Seleweng RM40 Juta: Richard Riot Hadir Di SPRM Beri Keterangan


PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot
Jaem dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan
dipercayai berkaitan penyelewengan wang peruntukan yang disalurkan kepada
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Beliau yang tiba dipekarangan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
kira-kira jam 10 pagi tadi sebelum dibawa untuk memberikan kenyataan berhubung
penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM40 juga.
Sebelum ini, setiausaha politik kepada seorang menteri telah ditahan reman selama enam hari dipercayai mempunyai kaitan yang sama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada 13 September lalu, SPRM juga telah menahan empat
individu termasuk seorang yang bergelar Datuk.
SPRM dalam satu kenyataan memberitahu mereka yang ditahan
adalah pegawai kanan agensi itu.
Kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur
antara jam 4.30 petang dan 6 petang dalam satu operasi yang dilancarkan.
Ketiga-tiga pegawai PTPK tersebut dipercayai telah
bersubahat dengan pengarah syarikat tersebut untuk penyelewengan wang yang
diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk mengendalikan program-program latihan
kemahiran kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
Menurut sumber, maklumat awal yang diperolehi mendapati
keempat-empat mereka dipercayai telah menyelewengkan hampir RM40 juta pada
tahun 2016 dan 2017.
Katanya, pada tahun 2016, kerajaan telah memperuntukkan RM35
juta manakala RM40 juta pada tahun ini untuk mengendalikan program-program
latihan tersebut.
Siasatan awal mendapati pada tahun 2016, mereka telah
menyeleweng sebanyak RM15 juta manakala RM25 juta pada tahun ini.

Ketiga-tiga pegawai itu juga telah berpakat dengan pengarah
syarikat tersebut dan meluluskan 15 buah syarikat miliknya untuk mengendalikan
program-program tersebut. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel