Connect with us

Berita Lain

Seorang Lagi Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Dibenarkan Pulang

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Selepas Kebakaran – Foto: Astro Awani



KUALA
LUMPUR: Seorang lagi pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang
menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan kebakaran pusat itu
Khamis lepas dibenarkan pulang malam ini.

Adib
Baqir, 15, yang mengalami kecederaan di bahagian tangan, siku dan badan telah
dibenarkan pulang oleh pihak hospital kira-kira 9.30 malam ini.
Ibu
mangsa, Wahida Ramli, 49, berkata Adib kini semakin pulih namun masih teringat
kejadian kebakaran pada awal pagi itu.
“Dia
(Adib) semakin stabil cuma doktor minta banyakkan berehat,” katanya
ringkas ketika dihubungi Bernama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara
itu, jurucakap HKL ketika dihubungi Bernama mengesahkan yang Adib telah
dibenarkan pulang dan ketika ini hanya tiga mangsa masih mendapatkan rawatan di
hospital itu.
Semalam,
Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dilaporkan berkata tiga mangsa
dibenarkan pulang pada Sabtu selepas keadaan mereka stabil.
Seramai 21
pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tersebut terkorban akibat
terperangkap di asrama yang terletak di tingkat paling atas daripada bangunan
tiga tingkat itu kira-kira 5.15 pagi.
Sabtu
lepas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan tujuh
remaja berusia antara 11 dan 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan
berhubung kes kebakaran berkenaan.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel