Connect with us

Berita Lain

Seorang Pelajar Tahfiz Ditahan Polis Bantu Siasatan


SEORANG pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah yang
menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran ditahan
polis untuk siasatan lanjut.
Sumber berkata, remaja berkenaan dibawa ke lokasi kejadian
semalam untuk proses mengumpul bukti.
Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati remaja
berjaket hitam itu dibawa dalam keadaan tidak bergari sebaliknya diiringi dua
pegawai polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Selain memeriksa petunjuk terbaru iaitu rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) tumpuan siasatan polis adalah pagar di bahagian tepi dan
belakang pusat tahfiz.
Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz
dan Taman Tasik Datuk Keramat, ini didapati mempunyai kesan potong serta sudah
diregangkan.
Sumber berkata, polis yang menjalankan siasatan sedang
berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenalpasti punca sebenar
kebakaran.
“Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota
meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan
masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.
“Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada
waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan
siasatan,” katanya.
Katanya, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut
dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.
Difahamkan pada masa ini semua bentuk siasatan diambil kira
selepas wujudnya pelbagai persoalan berhubung punca kejadian yang berlaku
selepas pihak polis menafikan punca kebakaran adalah masalah litar pintas.

Orang ramai yang mengunjungi pusat rekreasi Taman Tasik
Datuk Keramat juga turut menghampiri pagar berkenaan dengan harapan ingin
mendapatkan kepastian adakah benar berlakunya pencerobohan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel