Connect with us

Berita Lain

Solo Rompak Bank, Larikan RM46,000


KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah nekad bertindak sendirian
dengan merompak sebuah bank di Jalan Imbi, di sini, tengah hari tadi dan
melarikan wang tunai RM46,000.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri
Kaman, berkata dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, suspek seorang lelaki
berkulit cerah dan memakai topeng jerebu menghampiri kaunter bank berkenaan
sebelum mengeluarkan sebilah parang dari dalam beg galas yang dibawa lapor BH online.
Katanya, suspek kemudian mengarahkan petugas di kaunter
memasukkan wang ke dalam beg berkenaan.
“Suspek melarikan diri dengan berjalan keluar melalui
pintu hadapan bank ke arah bangunan Plaza Sungai Wang.
“Tiada sebarang kecederaan dialami mangsa dan anggaran
kerugian adalah sebanyak RM46,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Sukri berkata, usaha mengesan suspek sedang giat
dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana
merompak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel