Connect with us

Berita Lain

Suri Rumah Maut Dibunuh Penyamun

ANGGOTA polis membawa mayat wanita ditemui mati ditikam
dalam kejadian samun di Kampung Hijrah, Penor. – Foto: Berita harian


KUANTAN: “Mak kena tikam, mak kena tikam,” itu
jeritan Mohd Aqil Nasrul, kepada abangnya, Mohd Abid, bagi memberitahu kejadian
ibunya, Norhasilah Ismail yang maut ditikam di Kampung Hijrah, Penor, dekat
sini, hari ini.
Mohd Abid,8, berkata dia baru pulang dari sekolahnya di
Sekolah Kebangsaan (SK) Penor bersama ayahnya, Nasrul Mansor, 32, dan
dikejutkan dengan jeritan Mohd Aqil yang berusia empat tahun dari sebuah bilik
di tingkat atas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya dapat tengok adik dari tepi cermin bilik dan
meminta tolong supaya dikeluarkan…adik juga menjerit mak ditikam, saya terus
naik ke atas dan membuka pintu biliknya yang dikunci. “Saya kemudiannya
turun semula ke bawah dan memberitahu ayah yang naik dan menemui mayat
ibu,” katanya ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten
Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata pihaknya menerimapanggilan daripada
seorang kakitangan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak
berhampiran lokasi kejadian dan memberitahu kejadian berkenaan. Katanya,
siasatan awal polis mendapati mangsa balik ke rumah kira-kira jam 8 pagi
bersama Mohd Aqil selepas menghantar anaknya ke sekolah manakala suaminya pula
keluar menjual ikan di Pasar Borong Kamunting sejak awal pagi.



“Mangsa dipercayai diserang seorang lelaki yang berada
dalam rumah, berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di bahagian kanan perut
dan kiri dada menyebabkannya meninggal dunia.”Anak mangsa tidak
dicederakan dan dikurung di sebuah bilik di rumah, dia ditemui oleh abangnya
yang berusia lapan tahun.”Kita sedang menyiasat motif kejadian dan tidak
menolak kemungkinan ada cubaan samun, kita akan minta suami mangsa untuk
memeriksa sekiranya ada barangan hilang,” katanya ditemui di lokasi
kejadian di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku
Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi
dikebumikan. Katanya, polis juga akan meneliti kamera litar tertutup yang
dipasang di rumah berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri. “Mengikut
siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanapun kita tidak pasti
kenderaan digunakannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan,” katanya. – Berita harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel