Syarikat Bumiputera Kini Mampu Laksana Projek Kelas Dunia – PM

0
32

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Datuk Seri Najib Razak
berkata syarikat-syarikat Bumiputera tidak harus dikaitkan lagi dengan
kelewatan projek dan peningkatan kos kerana telah berjaya membuktikan kemampuan
melaksanakan projek berkelas dunia yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Malah, kata Perdana Menteri, ini jelas terbukti
menerusi pelaksanaan laluan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai
Buloh-Kajang yang sudah beroperasi sejak 16 Dis, 2016.
“Saya mahu melenyapkan persepsi bahawa
projek-projek yang diberi kepada syarikat-syarikat Bumiputera akan tertangguh
atau menyebabkan peningkatan kos.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita telah buktikan bahawa projek MRT dapat
disiapkan lebih awal daripada jadual dan lebih rendah daripada kos yang
dianggarkan,” kata beliau pada majlis Penghargaan Agenda Pemerkasaan Bumiputera
G20 di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan
sijil-sijil penghargaan kepada 10 vendor Bumiputera terbaik daripada 20
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) utama di atas sumbangan terhadap pencapaian
Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Mengulas selanjutnya, Perdana Menteri menegaskan,
pelaksanaan kaedah tender secara telus juga memastikan hanya syarikat
Bumiputera yang berkaliber memperoleh projek tersebut.
Menurut beliau, dalam pembinaan MRT yang ikonik
itu, 51 peratus daripada projek bernilai RM21.1 bilion itu telah diberikan
kepada kontraktor Bumiputera yang berkaliber.
Susulan itu, kata Najib, projek itu bukan sahaja
berjaya disiapkan lebih awal, malah pada kos yang lebih rendah.
Mengulas kejayaan itu, Perdana Menteri berkata ini
diraih hasil pelaksanaan dasar ‘Carve-Out and Compete’ bagi melahirkan syarikat
kontraktor milik Bumiputera yang mampu bersaing di peringkat domestik dan
antarabangsa.
Dasar yang merupakan inisiatif di bawah Agenda
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, menyediakan peluang kepada syarikat terbabit
mendapat kontrak dan menyertai projek-projek mega ditawarkan oleh kerajaan, GLC
dan swasta berdasarkan merit, rekod cemerlang serta keupayaan untuk menyiapkan
projek.
“Saya amat berpuas hati dan tertarik dengan dengan
kejayaan ‘Dasar Carve Out and Compete’ yang tiada sebelum ini,” kata Najib.
Tegas Perdana Menteri, inisiatif itu juga sekali
gus berjaya menyanggah persepsi bahawa syarikat Bumiputera adalah tidak
kompetitif.
Menurut beliau, menerusi inisiatif sama, peluang
penyertaan Bumiputera dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo juga dijangka akan
mencecah 60 peratus.
“Saya pastikan agar kontraktor tempatan dari Sabah
dan Sarawak sendiri yang akan mendapat peluang di dalam projek ini,” kata
beliau.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan inisiatif dan
sistem oleh kerajaan itu juga membuktikan bahawa syarikat Bumiputera mampu
untuk bersaing dengan kalangan yang terbaik serta berjaya.—Bernama 

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here