Connect with us

Berita Lain

‘Tak Pernah Lagi Aku Jumpa Method Of Construction Seperti Yang Dibuat Oleh DBI Ini, Gila Lah!’ – Faiq


Arkitek bertauliah ini mendedahkan mengenai
pembinaan rumah murah oleh DBI yang sedang tular di media sosial sekarang ini. 



Sejak beberapa
minggu yang lalu tersebar mengenai kontroversi yang melanda rumah murah yang di bina oleh DBI. Isu ini menjadi lebih hangat apabila pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut tampil membela nasib-nasib pembeli rumah murah ini. 



Jom kita baca pendedahan yang dibuat oleh arkitek muda ini mengenai cara pembinaan dan bahan yang digunakan untuk projek rumah murah oleh DBI ini.
SEBELAH salah satu projek aku, ada projek DBI yang viral
baru baru ini. Masa mula mula masuk site hari itu, aku dah borak-borak dengan
supervisor dia. Masa itu tak viral mana lagi. Adalah aku tanya-tanya teknik dan
method of construction yang dikatakan ‘IBS’ yang diorang guna itu, lemah
jantung aku dengar.

Sepanjang pengajian dan pengalaman sebagai akitek dan
kontraktor, tak pernah lagi aku jumpa method of construction seperti yang
dibuat oleh DBI ini. Supervisor dia kata, teknik mereka langsung tak pakai
columns and beams! Gila lah.

Gambar kedua itu ialah foam board yang digunakan oleh DBI
untuk buat rumah. Tebalnya adalah dekat 4 inci. Board itu sandwiched dengan
jaring dawai. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Biasanya untuk non-load bearing wall, kita buat structural frame
pakai besi reinforcement bars + concrete. Engineer akan kira load, dead load
dan segala mak nenek load lah. Kemudian engineer akan tetapkan saiz dan posisi
columns and beams, selain saiz besi dan lain-lain. Semua itu untuk memastikan
berat dari bumbung rumah dan beban lain, well distributed dan diturunkan ke
footings melalui structure frame.
Aku tanya supervisor DBI ini, kalau span dah panjang sangat,
takkan langsung tak ada tiang untuk support? Dia kata dengan confidentnya, tak
perlu. Kalau perlu pun, dia akan guna foam board itu untuk buat tiang! Aku
tanya besi reinforcement bar macam mana? Dia kata tak perlu. “Pakai ini
saja dah okay bang”.
Fuh! Aku tanya lagi boleh buat rumah dua tingkat ke? Dia
kata boleh. Floor slab lantai tingkat 1 buat macam mana? Pakai besi BRC dengan
concrete macam biasa ke? Dia kata lantai tingkat satu pun pakai foam ini juga,
tak payah besi BRC. Ini kalau engineer dengar, menangis dan menyesal belajar
sivil engineering bertahun tahun.

Hari ini aku pergi, aku tengok sub con DBI yang ambil projek
ini duduk bincang dalam kereta dengan supervisor dia, agak lama jugalah.
Selepas sub con dia dah pergi, aku pergilah menyapa superior itu.
“Ada masalah ke?”
Dia kata, “Itulah abang, orang Melayu ini suka dengki
sesama sendiri. Sekarang company dah susah.”


Aku tanyalah kenapa, katanya company dok tangguh bayar claim
sub con. Mana taknya, sub con ambil dari DBI RM90K, DBI jual kat customer
RM45K!
Katanya harga RM45K itu harga promosi. Sekarang dah tak bagi
harga itu lagi dah. Tapi masalahnya, DBI buka promosi itu sampai 185 orang. Aku
faham kalau company ada duit, tak jadi masalah untuk guna tektik marketing
seperti ini. Tapi kalau ye pun, mungkin 4-5 buah rumah bolehlah. Ini sampai 185
buah rumah.
Kalau untuk sebuah rumah, syarikat kena tampung RM45K, 185
rumah dah lebih RM8 juta. Kalau tak silap aku, sub con ambil upah saja, barang
DBI yang bagi. Jadi, kalau tambah kos material lagi? Berapa juta lagi? Mana nak
dapat duit banyak itu nak siapkan rumah rumah ini? Sangatlah tak sustainable.
Supervisor itu kata, rumah yang dia tengah buat ini ialah
rumah yang ke 16 dibuat oleh DBI. Maknanya setakat ini ada 169 buah rumah lagi
nak dibina. Kalau dah rumah ke 16 dah sangkut, macam mana yang lain?
Supervisor tu kata diorang akan siapkan sampai plaster
dinding sahaja, sebab sampai takat itu saja yang DBI bayar kepada sub con.
Sekurang kurangnya sub con ini masih bertanggungjawab. Dia tak terus lari
begitu saja. DBI lah yang kena tanggung.
Kesimpulannya, bukan masalah orang dengki. Kalau cara yang
digunakan itu betul dan tidak merugikan client, orang takkan jadi masalah.
Malah mungkin ramai yang akan belajar dan apply cara dia kalau betul
menguntungkan.
Ini, suka hati buat material, claim sistem IBS. Entah-entah
IBS itu pun dia tak tahu apa maksudnya. Pengajaran kepada pengguna, jangan
rambang mata tengok tawaran harga murah buat rumah.
Construction industry ini ada disiplin dia. Kami habiskan
masa bertahun tahun masuk universiti, belajar architecture, engineering,
survey, untuk faham selok-belok construction. Rumah ini kita buat untuk kita
diami dengan keluarga.
Jangan mempertaruhkan keselamatan keluarga kita untuk jimat
duit. Hubungi mereka yang benar benar layak dan berpengalaman untuk buat rumah
okay. Sekian. – Malaysian Update

Sumber: Faiq Khalifa

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel