Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] ‘Tanggang Moden’, Pukul Dan Maki Ibu Sendiri

Tular di media sosial video menunjukkan seorang remaja lelaki imemukul ibunya tanpa belas kasihan sambil mengeluarkan kata-kata kesat. 

PETALING JAYA: Video
seorang remaja berpakaian sekolah bertindak memukul seorang wanita yang
dipercayai ibunya menjadi tular pada Selasa.

Rakaman berdurasi 43
saat itu menunjukkan remaja lelaki itu memukul ibunya tanpa belas kasihan
sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Remaja tersebut yang
dikenali sebagai Syukri, 16, dipercayai berang apabila ibunya enggan memberikan
sejumlah wang yang diminta.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malah, dia turut
dilihat mahu membaling kerusi dan mengugut untuk menumbuk muka ibunya kerana
tidak endah dengan permintaannya.

Wanita tersebut
didengar berkata dia tiada wang seperti yang diminta remaja terbabit lapor mStar online lagi.

“Tak ada, orang
nak bawa pergi kerja, nanti kita tak ada duit abang long,” rayu wanita
itu.

Turut kedengaran suara seorang lagi wanita yang dipercayai
nenek remaja tersebut yang memintanya supaya menghentikan perbuatan kurang ajar
itu.

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri Taman
Bukit Teratai, Ampang kira-kira pukul 9 pagi Selasa.

Perbuatan biadap itu turut dikecam netizen yang bertindak
berkongsi video tersebut di laman Facebook supaya remaja terbabit dapat dikesan
untuk tindakan susulan.

@Rahimah Ali Ahmad berkata:”Makin ramai si Tanggang
zaman sekarang ni.”


@Han Too berkata:”Kurang ajar. Sehari RM10 belanja
sekolah? Apa barang lu makan kat sekolah ne. Untung la lu, wa sekolah dulu
sehari RM2 je. Lu memang tak tau nak bersyukur la.

@Zaidah Mohd Sari berkata:”Tak cium syurga dik buat mak
macam tu. Masih boleh berubah dan bertaubat sebelum terlambat.”

Video tersebut ditonton sebanyak 347,000 kali dan dikongsi
hampir 14,000 kali di Facebook.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel