Connect with us

Berita Lain

“Tiada Istilah Kecewa Dalam Hidup Ayah” Respon Rani Kulup Apabila Nur Sajat Nak Kahwin


Selepas pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat menyatakan
hasratnya untuk berkahwin pada tahun hadapan, ini pula reaksi Rani Kulup.
“Jangan marah…ayah sekadar usik-mengusik saja.”
Demikian kata Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia
(MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kepada Nur Sajat yang tidak selesa dengan
hasrat ‘Raja Report’ itu yang ingin melamarnya baru-baru ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kata Rani Kulup, beliau sedikit pun tidak kecewa dengan tindakan
Sajat yang seolah-olah menolak lamarannya apabila mendedahkan akan menamatkan
zaman bujangnya tahun depan lapor Mstar Online.


“Tiada istilah kecewa dalam hidup ayah. Ayah sentiasa
berpegang kepada tagline kipidap… never give up,” katanya.
Bagaimanapun Rani Kulup menegaskan beliau terkilan dengan
kenyataan Sajat yang mendakwa tidak mengenalinya dan menyifatkannya berbuat
demikian demi mencari publisiti murahan.
“Siapa tak kenal ayah, Raja Report Malaysia… anak-anak kecil
pun kenal nak ambil gambar bersama. Ayah bukan mencari publisiti murahan tapi
publisiti yang kejar ayah,” katanya dalam nada berseloroh.
Walaupun dikecam, Rani Kulup berkata, beliau berharap Sajat
terus berjaya dalam bidang perniagaannya dan dapat menghulurkan bantuan kepada
golongan kurang bernasib baik.
“Sebenarnya ayah amat mengagumi usahawan Melayu seperti
Sajat, Datuk Seri Vida dan ramai lagi. Mereka sepatutnya jadi motivasi kepada
orang Melayu lain untuk jadi (berjaya) seperti mereka. Jadi ayah doakan semoga
dia terus berjaya,” katanya.
Baru-baru ini, video Rani Kulup mahu cuba melamar Sajat
menjadi viral selepas hasratnya untuk memperisterikan Vida dan aktivis
kontroversi Siti Kasim tidak kesampaian.
Dalam reaksi balasnya, Sajat mendedahkan sudah berpunya dan
bakal mendirikan mahligai bahagia bersama kekasih hatinya hujung tahun depan.
Malah, Sajat berkata Rani Kulup seolah-olah kekurangan kasih
sayang sehingga memaksanya mencari publisiti murahan dengan cara sedemikian.
“Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi
yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya
dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.
“Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba
melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak
melamar lagipun Sajat dah berpunya,” kata Sajat. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel