Connect with us

Berita Lain

Tidak Puas Hati Jumlah Pampasan, Keluarga Tinggal 14 tahun Di Tengah Lebuh Raya


Shanghai: Selepas 13 tahun berunding, satu keluarga di sini
akhirnya bersetuju menjual rumah mereka yang berada di tengah lebuh raya sejak
2004.
Xu, 87, dan lapan ahli keluarganya mengucapkan selamat
tinggal kepada rumah mereka di pinggir Shanghai pada 15 September lalu.
Keluarga itu bersetuju berpindah selepas pemaju berjanji
memberi empat rumah flat baru dan wang tunai 2.3 juta yuan (RM1.46 juta) pada
bulan lalu.
Rumah tiga tingkat itu dirobohkan oleh pekerja dalam tempoh
90 minit pada awal pagi kelmarin.

Xu menerima notis untuk merobohkan rumah berkenaan pada 2003
oleh kerajaan tempatan untuk pembinaan lebuh raya yang baru.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, Xu dan keluarganya enggan berpindah kerana
tidak berpuas hati dengan pampasan yang ditawarkan.
Rumah seperti ini dikenali sebagai ‘rumah paku’ di China
apabila ia menjadi satu-satunya bangunan usang di tengah pembangunan.
Semua kediaman di sekitar rumah Xu dirobohkan untuk membina
lebuh raya empat laluan.
Selama 14 tahun, rumah milik Xu itu berdiri kukuh di tengah
Lebuh Raya Hu Ting Bei.
Keadaan itu menyebabkan jalan berkenaan terpaksa dikecilkan
kepada dua laluan dan melingkari rumah berkenaan yang sering menyebabkan
kesesakan.
Seorang ahli keluarga Xu, Zhang Xinguo berkata, tinggal di
rumah yang terletak di tengah lebuh raya bukan mudah dan mereka tidak sabar
untuk berpindah.

“Saya melihat kemalangan jalan raya sebanyak tiga kali dan
ada sebuah teksi yang melanggar dinding rumah ini,” katanya. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel