Connect with us

Berita Lain

Tiga Kereta Terperangkap Banjir, Bomba Guna Tali Selamat Mangsa

Tiga buah kereta terperangkap dalam banjir berikutan hujan lebat yang berterusan selama tiga jam. — Foto ihsan Facebook/Putera
Karya

SEREMBAN — Seramai sembilan orang termasuk bayi
berusia lima bulan terperangkap dalam kereta disebabkan oleh banjir kilat di
hadapan Sekolah Kebangsaan Mambau dekat sini petang semalam.
Pegawai Bomba Kanan Dua dari Balai Bomba Seremban 2, Mohd Faizal
Abd Rahman berkata pihaknya yang menerima panggilan pada pukul 5.58 petang dan
tiba di lokasi tujuh minit kemudian mendapati tiga buah kereta terperangkap
dalam banjir kilat itu berikutan hujan lebat yang berterusan selama tiga jam.
“Antara kereta yang terperangkap ialah Proton Saga yang
dinaiki seorang wanita dan dua lelaki manakala sebuah Proton Wira pula seramai
lima orang termasuk seorang bayi dan kanak-kanak perempuan dan sebuah Nissan
Grand Livina yang dipandu seorang wanita.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika pihak kami sampai ke tempat kejadian,
ketiga-tiga kereta berkenaan sudah dimasuki air dan bomba menggunakan tali
untuk menyelamatkan kesemua mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di
sini, semalam.
Mohd Faizal berkata kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan
tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata ketiga-tiga kenderaan terbabit sedang dalam
perjalanan dari Seremban menuju ke Port Dickson.
Seramai 12 anggota bomba terlibat dalam operasi ini. —
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel