Connect with us

Berita Lain

TPM: Polis Diarah Hentikan Pesta Arak



BEIJING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah diarah untuk
menghentikan penganjuran pesta arak “Better Beer Festival 2017”, di
mana sahaja lokasi ia diadakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
berkata perkara itu adalah di bawah bidang kuasa polis untuk ditangani.‪
 ‪”Itu
di bawah bidang kuasa polis dan saya telah arah (untuk menghentikannya),”
katanya pada sidang media bersama media Malaysia, di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi
Harun; Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya dan Timbalan Ketua
Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mustafa Ibrahim.
‪ ‪Ahmad Zahid
yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas kedegilan pihak penganjur yang dilaporkan
akan beralih lokasi selepas permohonan mereka mengadakan pesta itu di ibu
negara ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
‪ ‪ Mengulas
lanjut, Mohamad Fuzi berkata, polis tidak akan bertangungjawab sekiranya
penganjur masih berdegil dengan larangan yang sudah dikeluarkan pihak
berkuasa.
‪ ‪”Kita
sudah kata tak boleh buat, kita akan halanglah. Kalau kita perlu bertegas, kita
akan bertegas,” katanya.
‪ ‪Katanya,
PDRM dari semasa ke semasa akan memantau selepas ada laporan kemungkinan
serangan pengganas ketika pesta berlangsung.
‪ ‪”Kita
tak boleh berkompromi kalau ia membabitkan unsur yang boleh menjejaskan
keselamatan, terutama yang membabitkan imej rakyat dan negara,” katanya.
‪ ‪Sebelum
ini,  Mohamad Fuzi dilaporkan berkata,
larangan penganjuran pesta dijadualkan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur itu
dibuat kerana dikhuatiri menjadi sasaran serangan kumpulan militan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel