Connect with us

Berita Lain

Tubuh Pasukan Khas Siasat Skim Perumahan Mampu Milik Tipu – Noh Omar


SUBANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat
dakwaan kes penipuan berkaitan skim perumahan mampu milik.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, KPKT memandang serius
dakwaan tersebut selepas syarikat terlibat tidak berdaftar dan tiada kelulusan
KPKT.
“Maklumat sedang dikumpul berikutan ramai yang dakwa mereka
tertipu dengan skim perumahan mampu milik. Mungkin syarikat tu buat sebagai
kontraktor, bukan pemaju.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita tak nak usaha kerajaan mengumumkan 1 juta rumah mampu
milik menjelang 2018, ada pihak ambil kesempatan.

“Digalakkan bantu kerajaan untuk tujuan itu tapi syarat-syarat
dan undang-undang mesti dipatuhi,” katanya lagi, lapor Sinar Harian.
Noh turut meminta pihak atau mangsa terlibat tampil supaya
tindakan boleh diambil.
“Task force ini terdiri dari beberapa jabatan berkaitan
termasuk PDRM dan KPDNKK dan mana-mana pihak terlibat boleh tampil beri
maklumat lengkap termasuk NGO yang membantu memperjuangkan nasib mereka.
“Apabila dapat maklumat lengkap saya yakin tindakan dapat
diambil. Sudah tentu ia akan dinilai dari dua aspek sama ada undang-undang
jenayah atau sivil dan setakat ini, ada dua syarikat dikenal pasti terlibat
dalam pembinaan rumah kos murah,” katanya.
Beliau berkata, sebarang aduan boleh dikemukakan ke Bahagian
Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara di talian 03-8891 4355/03-8891 4356
atau membuat semakan maklumat pemaju dengan melayari laman web iaitu
http://ehome.kpkt.gov.my.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di
Dun Kota Damansara, Rumah Pangsa Subang Perdana 3, Seksyen U3, semalam.

Pada lawatan itu, Noh mengumumkan peruntukan RM8 juta bagi
kos baik pulih lima taman di kawasan Dun Kota Damansara.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel