Connect with us

Berita Lain

TUN MAHATHIR BAWA ISTERI TERSAYANG JALAN-JALAN NAIK MRT HARI INI


Kuala Lumpur, 4 Sept – Cuti hujung minggu yang panjang ini menyebabkan pengangkutan awam ‘berehat’ seketika daripada kesesakan trafik, termasuklah Transit Aliran Massa (MRT) menjadi lengang.
Peluang yang hanya berlaku pada musim perayaan itu ternyata tidak dilepaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk mencuba kemudahan awam terbaru yang menjadi kebanggaan negara itu.
“Bersama isteri tersayang naik MRT Sg Buloh-Kajang hari ini,” tulis Dr Mahathir di laman Twitternya lapor mStar.
Beliau juga turut berkongsi beberapa keping gambar di Twitternya ketika sedang menaiki kenderaan awam tersebut dengan para pengikutnya.
Dr Mahathir sendiri dilihat merakamkan gambar sepanjang perjalanannya dan posting tersebut sudang diulang kicau sebanyak 3,493 kali dan menerima 4,729 ‘like’.
Pengguna Twitter, ‘Keaqilahan’ berkata: “Nak jumpa. Untung orang KL dapat jumpa Dr Mahathir dalam pengangkutan awam.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel