Connect with us

Berita Lain

Tun Mahathir sedih tragedi 28 tahun lalu berulang lagi


KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa insiden kebakaran melibatkan pusat tahfiz di Kedah hampir tiga dekad lalu berulang.

“Saya sedih perkara seperti ini berlaku sekali lagi,” katanya lagi menurut laporan Sinar online.

Menurutnya, pembinaan bangunan sepatutnya mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan.

“Apabila berlaku sebarang kejadian, mangsa dapat menyelamatkan diri dengan baik.

“Dalam kejadian ini, saya difahamkan ada dua sahaja pintu,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Beliau berkata, keselamatan haruslah menjadi keutamaan.

“Saya harap selepas ini semua sekolah mengkaji semula tahap keselamatan sekiranya berlaku kebakaran,” katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Tun Mahathir yang juga bekas perdana menteri,  meluangkan masa 45 minit bersama keluarga mangsa terlibat di Institut Perubatan Forensik Negara, HKL.

Pada 22 September 1989, seramai 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat, Yan, Kedah, terkorban selepas asrama menempatkan pelajar terbabit terbakar.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel