Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Gurau Melampau, Zizan Razak Mohon Maaf


SUSULAN ‘terlajak’ gurau, pelawak dan pelakon Zizan Razak
memohon maaf kepada Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof serta institusi
istana di atas keterlanjuran kata-katanya ketika mengacarakan Festival Filem
Malaysia 29 (FFM29) malam kelmarin.
Kata pelakon Polis Evo itu, dia sekadar bergurau dan tidak
berniat mengguris hati sesiapa terutamanya Hans dan Eizlan.
“Saya mohon maaf atas segala keterlanjuran yang berlaku
sepanjang FFM 29. Tidak pernah terlintas di hati untuk mengaibkan atau
memperlekehkan mana-mana pihak.
“Saya sekadar bergurau selain mahu menghiburkan penonton
serta tetamu yang hadir,” katanya kepada Harian Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tambah Zizan lagi, dia tidak sangka jenakanya pada malam itu
menyinggung hati sesetengah pihak sehingga dia telah dikritik hebat.
“Pada mulanya saya fikir apa yang disampaikan itu tidak
terlalu kasar dan keterlaluan. Tak sangka pula jadi sebesar ini.
“Saya akui kesilapan ini dan dengan rendah hati memohon
maaf. Perkara ini menjadi pengajaran buat saya dan akan lebih berhati-hati pada
masa hadapan,” katanya.
Pada Ahad, Hans mengatakan dia tersinggung dengan gurauan
Zizan yang dianggap keterlaluan dan menjejaskan imej dan namanya.
Zizan mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan
dibeli.
Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang
membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.

Selain Hans, Eizlan turut terkena ‘tempias’ gurauan
tersebut. – Mynewshub
Gurauan Zizan Razak ketika mengacarakan… oleh malaysianupdate
Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel