Connect with us

Berita Lain

(VIDEO) Kucing Putih Tidak Mahu Berganjak Dan Cuba ‘Gali’ Kubur Tok Wan Jadi Viral

Seekor kucing putih muncul sewaktu talkin dibaca di kubur
Masjid Kelebang, Langkawi 18 September 2017. — Foto ihsan Facebook/Soffuan CZ

LANGKAWI, 19 Sept — Seekor kucing putih tiba-tiba muncul di
kubur seorang warga emas yang suka mengambil berat haiwan itu, termasuk yang
liar.
Kucing itu muncul ketika pengebumian Ismail Mat, 90, di
tanah perkuburan Masjid Kelebang, di sini semalam, lapor Harian Metro.
Cucunya Zarul Hisham Md Zaid, 27, berkata haiwan itu yang
cuba mengorek tanah dan enggan berganjak mengejutkan keluarga dan hadirin.
“Arwah Tok Wan memang sayangkan kucing dan ada pelihara
sembilan hingga 10 kucing di rumah. Di mana-mana jika jumpa kucing liar, arwah
akan bagi makan.
“Kucing putih itu juga mungkin Tok Wan selalu bagi makan di
masjid itu yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya,” katanya.
Zarul berkata tiada perkara pelik berlaku ketika penggalian
kubur, namun sewaktu talkin dibaca, kucing itu muncul tanpa mengiau.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Selesai bacaan talkin kucing itu tiba-tiba mengorek tanah
membuang akar kayu dan rumput membuatkan kami tergamam dan sebak.
“Ketika kami hendak beredar, kucing itu masih duduk di atas
kubur, hingga emak saudara saya cuba mengangkatnya,” katanya.
Haiwan itu kini dibawa balik ke rumah datuk Zarul untuk
dibela selepas ia berada di kubur itu lebih sejam.
“Saya juga terkesan dengan berita penyeksaan terhadap kucing
dan menganggap ini bukti kekuasaan Allah SWT,” katanya, yang memelihara 15 ekor
kucing.
Foto dan video gelagat kucing itu yang dimuatkan di Facebook
semalam mendapat lebih 6.8 juta tontonan pengguna media sosial itu. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel