Connect with us

Berita Lain

(VIDEO)NETIZEN PUJI TINDAKAN WANITA SELAMATKAN KUCING DISUMBAT DALAM PETI SURAT


PETALING JAYA, 10 Sept ― Seekor kucing disumbat ke pesti surat
sebuah pangsapuri sebelum diselamatkan.
Kucing hitam itu dikatakan mengiau tanpa henti hingga
menarik perhatian seorang wanita, lapor mStar Online.
Beliau kemudian meminta pengurusan pangsapuri mengeluarkan
haiwan tersebut dan memberikannya minuman sambil mengusap-usap kucing tersebut
selepas dikeluarkan.
Tindakan wanita itu mendapat pujian warga internet selepas
rakaman yang dipercayai berlaku di Singapura, menular ke Malaysia.

 “Respect (kagum) pada yang membantu dan perasan ada
kucing di dalam peti surat itu,” kata Miexan.
Warga internet turut mengecam individu yang melakukan
perbuatan tersebut.
“Cari pemilik peti surat tersebut. Sudah pasti pemilik
peti surat itu yang masukkan kucing tersebut. Tidak mungkin ada orang lain yang
boleh masukkan kecuali tuan peti surat itu. Sesungguhnya pelaku adalah manusia
yang tidak berakal,” kata Iecham Ieyla.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel