Connect with us

Berita Lain

(VIDEO)Wang RM23,000 Disimpan Bawah Tilam Hangus, Warga Emas Tinggal Sehelai Sepinggang


TUMPAT, 13 Sept ― Dua beranak warga emas rugi wang
simpanan 23,000 dan barang kemas apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran
pagi tadi.
Dalam kejadian di Kampung Jejulok Haji Senik di sini, Nik
Fatimah Daud, 67, dan ayahnya, Daud Abdul Rahman, 91, hilang wang simpanan
RM10,000 termasuk wang jualan lembu (RM4,000).
“Barang kemas juga habis musnah. Simpanan ayah hasil dari
bantuan JKM yang disimpan setiap bulan selama empat tahun (RM13,000) di dalam
botol plastik, bawah tilam dan sampul surat juga hangus,” katanya seperti
dilapor Harian Metro.

 Nik Fatimah bagaimanapun mengakui dia tidak pasti sama ada
sudah menutup api masakan sebelum keluar ke pasar tani yang terletak kira-kira
500 meter dari rumah.
“Sebelum keluar, saya ada panaskan lauk ikan rebus, tapi
tidak ingat sama ada sudah menutup api atau belum ketika keluar rumah bersama
anak saudara.
“Tidak lama selepas itu, jiran menelefon memberitahu rumah
saya terbakar dan dari pasar tani saya dapat lihat asap tebal memenuhi kawasan
rumah.
“Saya bergegas pulang dan sangat terkejut apabila melihat
rumah musnah,” katanya.
Ketika kejadian anak lelakinya sedang tidur di ruang tamu
sementara Daud yang sudah uzur berehat di bangsal sebelah rumah namun sempat
diselamatkan orang kampung.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel