Connect with us

Berita Lain

PPIM Juga Bantah, Persoal Penubuhan JITN


SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
membantah cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus
Negara (JITN).
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi mendakwa
penubuhan jabatan tersebut tidak wajar kerana sekarang sebarang bentuk
pembaharuan tidak diperlukan sebaliknya kerajan hanya perlu membuat
penambahbaikan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tidak perlu ditubuhkan jabatan baru sebab sudah banyak
yang sedia ada, perkara ini sama seperti bangunan, tidak perlu dinaikkan
bangunan baru tetapi membaik pulih bangunan lama.
“Dalam konteks ini, kita sudah ada banyak jabatan
seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan lain-lain. Jadi apa signifikannya penubuhan JITN?” soalnya
dalam Facebook miliknya semalam.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Paul
Low Seng Kuang menjelaskan cadangan penubuhan JITN bertujuan menerajui
perubahan transformasi dalam bina upaya keinstitusian terutamanya di kalangan
penjawat awam, untuk memulakan dan memacu perubahan dasar serta memperkukuhkan
proses kerajaan.
Selain itu katanya, JITN yang dinaik taraf daripada Bahagian
Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri didakwa tidak akan
mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi siasatan.
Sementara itu, Yusuf berkata, beliau meminta agar para
pemimpin kerajaan Malaysia khususnya ‘bangun’ dari tidur yang panjang dan usah
terlalu selesa hingga tidak lihat kesusahan rakyat.
“Hari ini, kalau pemimpin nak buat pembaikan,
sepatutnya di SPRM lah. Lebih elok sekiranya tambah anggota dalam SPRM dan
perangi rasuah habis-habisan,buatkan sistem atas talian di mana setiap ibu
pejabat Polis, imigresen dan agensi penguatkuasaan diletakkan pegawai untuk
elakkan rasuah.
“Lagipun, kalau kita buat jabatan baharu, siapa yang
nak kawal mereka ini?” katanya lagi.

— Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel