Connect with us

Berita Lain

Sekolah Tahfiz Berdepan Tunggakan Bil Elektrik, Dapat Notis Pemotongan

Tular di laman sosial surat amaran pemotongan elektrik dan bil elektrik Sekolah
Menengah Tahfiz Az Zuhdi bernilai RM16,682.60 – Foto: Sinar Harian

IPOH: Bil dan surat amaran pemotongan eletrik Sekolah
Menengah Tahfiz Az Zuhdi, Kampung Kepayang yang tular sebelum ini adalah benar.

Pengasasnya, Azri Suratman berkata, sekolah tersebut kini
berdepan tunggakan RM15,000 hingga menyebabkan pemotongan.

Menurutnya, perkara tersebut berlaku disebabkan oleh faktor
yang tak dapat dielakkan dan bukan disengajakan.

Katanya, seramai 76 pelajar yang belajar di sekolah
berkenaan tidak dikenakan bayaran bulanan, sebaliknya hanya yuran kemasukan
sekali sahaja sebanyak RM2,000 sepanjang pengajian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, pihak sekolah mengharapkan ibu bapa dapat
membayar sekali gus yuran berkenaan namun pembayaran dilakukan secara ansuran
hingga berlaku tunggakan.

“Kami tidak paksa ibu bapa memandangkan latar belakang
keluarga yang kurang berkemampuan, mempunyai anak ramai dan golongan anak yatim
tetapi selalu mengingatkan mereka untuk membayar.

“Masa mula-mula sekolah dibuka lima tahun lalu memang
dikenakan yuran bulanan tetapi ada sebahagian ibu yang tidak mampu membayarnya,
jadi jawatankuasa memutuskan tiada lagi yuran berkenaan,” katanya.

Azri berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk
membayar tunggakan berkenaan namun perlu mengambil kira beberapa faktor lain
seperti elaun guru, kos pengangkutan pelajar, makanan dan bil-bil berkaitan.

Jelasnya, sekolah dengan empat bangunan setingkat yang
dilengkapi empat pendingin hawa, kipas, peti ais dan peti sejuk beku itu
memungkinkan jumlah bil elektriknya tinggi.

“Selalunya bil elektrik RM1,500 hingga RM2,000 sebulan malah
sebelum ini pun jika tertunggak RM8,000 kita cuba bayar separuh daripadanya.
Kemudian tunggakan jadi RM12,000 selepas pihak sekolah bayar RM8,000.

“Pemotongan juga pernah dibuat sebelum ini namun disambung
semula pada hari sama tetapi pada kali ini pelajar terpaksa tunggu lima hari
sebelum penyambungan dibuat pada Isnin depan,”katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya telah merujuk pada
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenai masalah tersebut dan mereka diberikan
masa seminggu untuk menjelaskan bayaran bagi bulan Oktober iaitu RM6,000.

Terdahulu, Sekolah Tahfiz Az-Zuhdi menjadi tular selepas
salah seorang pengguna laman sosial memuat naik gambar surat amaran pemotongan
dan bil elektrik sekolah berkenaan bernilai RM16,682.60.

Dalam masa sama, pengguna laman sosial itu turut mengajak
orang ramai menghulurkan bantuan sebanyak RM10 seorang.

Azri berkata, gambar berkenaan pada awalnya dikirimkan kepada
ibu bapa pelajar melalui kumpulan WhatsApp sebagai peringatan untuk menjelaskan
tunggakan yuran.

Namun, katanya, ia tular sehingga memberi sedikit kesan
kepada sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Azri berkata, sekolah tahfiz dilihat sebagai
kelas kedua kerana masyarakat lebih melihat sekolah berbanding pelajar yang
dilahirkan.

“Tak dinafikan kita buat banyak kerja termasuk mendidik,
mengajar dan membina sahsiah segelintir mereka yang tiada harapan di luar.
“Namun, orang ramai selalu anggap usaha kami sebagai satu
perniagaan hakikatnya pelajar di sini belajar secara percuma dan niat kami
untuk membantu masyarakat serta orang susah,”katanya. – Sinar Harian



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel