Sunday, November 16, 2025

Datuk Jalaluddin Hassan Rebah Selepas Muncul Dalam Program Assalamualaikum

October 2, 2017
1 min read
Datuk Jalaluddin Hassan semasa menjadi tamu program bual bicara siaran TV AlHijrah. – Foto: BH online


KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan, pengsan
selepas menjadi tamu program bual bicara siaran TV AlHijrah, Assalamualaikum,
pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif stesen televisyen berkenaan, Datuk
Izelan Basar, berkata pelakon berusia 63 tahun itu mengalami sesak nafas ketika
menuju ke keretanya selepas berakhirnya program terbabit.
“Selepas selesai siaran langsung di Studio TV AlHijrah
di Pusat Islam, kira-kira jam 10 pagi tadi, beliau kelihatan sihat dan meminta
diri untuk pulang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia berjalan kaki ke tempat letak kereta berdekatan
Muzium Kesenian Islam, bersebelahan kompleks penyiaran kami.
“Ketika tiba di kawasan parkir, Jalaluddin mengalami
sesak nafas dan segera menghubungi anaknya bagi memaklumkan dirinya berasa
tidak sihat,” katanya yang menghubungi BH Online sebentar tadi.
Kata Izelan, bagaimanapun cubaan anaknya untuk
menghubunginya semula tidak berjawab.
“Bimbang akan keadaan ayahnya, anaknya menghubungi
ambulans dan memaklumkan keadaan kesihatan serta lokasi ayahnya.
“Ambulans yang tiba di lokasi kira-kira jam 10.30 pagi
terus membawa beliau ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.
Jalaluddin dijemput sebagai tamu program terbabit untuk
berkongsi pengalaman membina keluarga bahagia serta tip ke arah kestabilan
hubungan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pekerja Hospital Ditahan Rakaman Diam-Diam Dharmendra Dalam ICU, Keluarga Rayu Hormati Privasi

MUMBAI – Seorang pekerja di Hospital Breach Candy, Mumbai, ditahan selepas didapati

Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan

SULAWESI SELATAN, INDONESIA – Dua penyanyi dangdut wanita tempatan dilaporkan maut selepas