Connect with us

Berita Lain

NFCorp: Dua Hakim Tarik Diri Dengar Rayuan Rafizi


PUTRAJAYA – Dua hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada
mendengar rayuan Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli berhubung satu saman
fitnah.
Saman itu dikemukakan oleh National Feedlot Corporation Sdn
Bhd (NFCorp) dan pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail
terhadap Mohd Rafizi dan Malaysiakini berhubung pembelian sebuah hartanah di KL
Eco City di Bangsar.
Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan
panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini, berkata atas kepentingan keadilan,
beliau dan Hakim Mary Lim Thiam Suan tidak akan mendengar rayuan itu dan akan
menarik diri mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau sebelum itu memberitahu peguam bahawa kedua-dua
mereka telah bersidang dalam panel Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan dalam
satu lagi kes fitnah membabitkan Dr Mohamad Salleh dan Anggota Parlimen Lembah
Pantai Nurul Izzah Anwar pada 10 Julai tahun ini.
Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr
Mohamad Salleh berkata kedua-dua hakim tidak seharusnya mendengar rayuan Mohd
Rafizi tetapi peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Mohd Rafizi berhujah
kedua-dua hakim berkenaan boleh mendengar rayuan itu oleh kerana kenyataan
dalam kes Nurul Izzah adalah berlainan sama sekali.
Kes itu kemudiannya dikemukakan bagi pengurusan kes hari ini
di hadapan pendaftar mahkamah yang menetapkan 23 Mac sebagai tarikh baharu
pendengaran rayuan di hadapan panel hakim baharu.
Seorang lagi hakim yang bersidang dalam panel hari ini ialah
Tan Sri Idrus Harun.
Mohd Rafizi merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur pada 31 Oktober tahun lepas yang memerintahkan beliau membayar ganti
rugi RM200,00 kepada Dr Mohamad Salleh.
Sementara itu, Dr Mohamad Salleh turut merayu keputusan
Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan beliau terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd,
pemilik portal berita Malaysiakini yang dinamakan sebagai defendan kedua dalam
tuntutan saman itu.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh danNFCorp,
mendakwa pada 7 Mac, 2012, Mohd Rafizi membuat kenyataan berbaur fitnah dalam
sidang media di Pejabat PKR berkaitan pembelian hartanah KL Eco City dan
kenyataan itu disiarkan oleh Malaysiakini pada hari sama.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan
dalam keputusannya menegaskan bahawa kenyatan yang dibuat oleh Mohd Rafizi
adalah fitnah.
Peguam K. Shanmuga mewakili Malaysiakini.

— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel