Connect with us

Berita Lain

Tiga Tahun Kena Kurung, Dipaksa Kerja Tanpa Gaji

Pasukan serbuan terpaksa memotong mangga yang mengunci pintu hadapan sebelum menemui 11 warga asing yang dikurung. – Foto: My Metro



KUCHING:  Sebelas
warga asing dengan sembilan daripadanya wanita ditemui dikurung di dalam sebuah
rumah satu tingkat di Taman Heng, Jalan Sebiew, di Bintulu, pada jam 2.45
petang semalam.

Menurut laporan portal BH Online, Mereka ditemui sepasukan anggota polis yang diketuai Inspektor
Nixon Malang, yang telah membuat serbuan di rumah berkenaan selepas mendapat maklumat
awam mengenai pemerdagangan orang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar,
berkata pasukan serbuan terpaksa memotong mangga yang mengunci pintu hadapan
untuk masuk ke dalam rumah berkenaan.
“Selepas berjaya masuk, polis menemui satu bilik khas
yang dikunci dari luar dan terpaksa memecahkannya.
“Sebaik sahaja pintu berjaya dipecahkan, seramai
sembilan wanita berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun dan dua lelaki berumur
23 tahun dan 44 tahun ditemui dikurung di dalam bilik kecil itu,” katanya.
Dev berkata, pemilik rumah berkenaan iaitu sepasang suami
isteri berusia 59 tahun dan 53 tahun yang turut berada dalam rumah ditangkap
kerana disyaki memperdagangkan orang secara buruh paksa.
“Wanita berusia 53 tahun itu ketika ditahan bertindak
agak agresif, mengugut anggota polis serta mengeluarkan kata-kata lucah,”
katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati 11 mangsa itu
dipaksa oleh suami isteri terbabit untuk membersihkan rumah sarang burung dan
mereka dikurung hampir tiga tahun.
“Mereka juga mendakwa tidak dibayar gaji dan
kadang-kala dipukul oleh kedua-kedua suspek jika kerja tidak memuaskan.
“Kedua-dua suspek akan direman di Mahkamah Bintulu pagi
ini untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti
Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

“Semua warga asing terbabit dihantar ke rumah
perlindungan,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel