Saturday, November 08, 2025

Pengasas BERSATU Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Difitnah Syed Saddiq

October 4, 2017
1 min read

Pengasas dan bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) Kamarulzaman Habibul Rahman hari ini membuat laporan polis terhadap
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas dakwaan memfitnahnya.
Bercakap dengan pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Dang Wangi hari ini, Kamarulzaman berkata ketua pemuda BERSATU itu telah
menuduhnya menerima “dedak” untuk meninggalkan parti itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini satu dakwaan berniat jahat dan mencemarkan nama
saya sebagai guru, sebagai pegawai pejabat pendidikan daerah,” katanya.
Beliau memberikan tempoh seminggu kepada Syed Saddiq untuk
menarik balik kenyataan itu jika tidak mahu berhadapan tindakan undang-undang.
Kamarulzaman menafikan telah didekati mana-mana pihak dan
ditawarkan sogokan agar meninggalkan parti itu, seperti didakwa Syed Saddiq.
“Sebenarnya tiada tawaran dedak atau apa tawaran
sekalipun,” katanya.

Syed Saddiq pada sidang media Isnin lalu mendakwa wujudnya
konspirasi untuk melemahkan BERSATU dengan “mengancam dan menyogok”
para pengasasnya, antaranya Kamarulzaman, bekas naib presiden Datuk Hamidah
Othman dan dirinya sendiri.

Beliau juga mendakwa tawaran itu, termasuk wang berjumlah
RM5 juta, berkaitan dengan seorang individu dalam pejabat perdana menteri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian